Ras Adiba Radzi

Datuk

Ras Adiba Radzi

PMW
راس اديبة محمد رضي
Ras Adiba pada tahun 2023
Kelahiran
Ras Adiba binti Mohd Radzi

(1968-07-27) 27 Julai 1968 (umur 55)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
PekerjaanAhli politik, aktivis kemasyarakatan, penyampai berita
PejabatAhli Dewan Negara Malaysia
PendahuluBathmavathi Krishnan
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia
Anak-anak
  • Umar Ras Engel bin Abdullah
  • Amaar Raj bin Abdullah

Datuk Dr Ras Adiba Mohd Radzi (lahir 27 Julai 1968) ialah seorang ahli politik, aktivis masyarakat dan penyampai berita veteran Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di TV3 ntv7 dan juga BERNAMA [1] sebagai wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan pengulas sukan. Beliau juga merupakan salah seorang penembak paralimpik Malaysia.[2] Beliau ialah seorang wartawan siaran, pembaca berita, penyampai, penyair, penyanyi lagu puisi, pengarah dan penerbit. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 20 Mei 2020 bagi mewakili orang kurang upaya.[3]

Biografi

Beberapa kejadian berlaku yang membawa kepada beliau menjadi seorang berstatus orang kurang upaya (OKU).[4] Ras terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 November 1995 di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaan beliau bertambah teruk pada tahun 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Pada tahun 2002 beliau tergelincir ketika menaiki tangga lalu tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10.[5][6]

Beliau terus menjalani fisioterapi, dan telah mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan paralimpik seperti marathon jarak jauh, berenang, badminton dan seterusnya, sukan menembak. Ras mewakili negara di beberapa pertandingan peringkat antarabangsa dalam sukan menembak termasuk Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.[7][8]

Ras Adiba mempunyai dua orang anak iaitu Umar Ras Engel Abdullah yang Autisme [9] dan seorang lagi anak lelaki bernama Amaar Raj daripada perkahwinan pertama[10].

Pengerusi BERNAMA

Pada 23 November 2020, Ras Adiba dilantik sebagai pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), menggantikan Suhaimi Sulaiman yang meletakkan jawatan pada 6 Ogos. Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai pengerusi BERNAMA dalam sejarah 53 tahun penubuhannya.[11]

Pencapaian

Ras Adiba pernah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records, ketika berjaya menolak kerusi rodanya dari Johor Bahru ke Putrajaya. Ini dilakukan dalam 10 hari dengan jarak 490km.

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Anugerah ketokohan

Rujukan

  1. ^ "Lepas 34 tahun, ini hari terakhir saya" - Ras Adiba Radzi Kool FM. 16 Mei 2020. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  2. ^ Mazizul Dani (11 Januari 2016). Semangat kental Ras Adiba Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  3. ^ Mohd Ali, Ras Adiba angkat sumpah senator Berita Harian (20 Mei 2020). Dicapai pada 20 Mei 2020.
  4. ^ Bagaimana saya belajar untuk bergerak semuda jiwa saya oleh Ras Adiba Radzi Anlene. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  5. ^ Amri Hassan (22 Januari 2018). "Saya kepingin berdiri walaupun untuk sejenak" - Ras Adiba Radzi Astro Gempak. Dicapai pada 9 Januari 2019.
  6. ^ Loong Meng Yee (17 November 2007). Ras Adiba: I am the one PM had in mind The Star Online. Dicapai pada 9 Januari 2009.
  7. ^ Dennis Chua (27 Julai 2018). #Showbiz: Ras Adiba speaks of ‘love and loss’ on 50th birthday New Straits Times. Dicapai pada 15 Disember 2018.
  8. ^ Matthew Mohan (10 Disember 2015). Asean Para Games: Malaysia’s Ras Adiba Radzi swops mike and make-up for rifle and pellets The Straits Times. Dicapai pada 15 Disember 2015.
  9. ^ Dennis Chua (17 Jun 2019). "#Showbiz: 'I had to be both Umar's mum and dad,' says Ras Adiba". New Straits Times. Dicapai pada 10 Mac 2023.
  10. ^ "Ras Adiba dilantik Duta Kehormat SEAMEO SEN, ini 10 fakta menarik bekas penyampai berita itu". Sinar Plus. 7 September 2022. Dicapai pada 10 Mac 2023.
  11. ^ Ras Adiba Pengerusi Bernama baharu Harian Metro. 24 November 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  12. ^ "Ras Adiba kini bergelar Datuk". Sinar Harian. 1 Februari 2021. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  13. ^ P. Aruna (18 Disember 2014). "Siti Hasmah honoured by students group she helped found in 1948". The Star. Dicapai pada 6 Oktober 2014.
  14. ^ Ras Adiba terima pingat kebesaran JBPM
  15. ^ "Ras Adiba antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023". BH. 7 Mac 2023. Dicapai pada 9 Mac 2023.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Ahli semasa Dewan Negara mengikut kekananan
Yang di-Pertua: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB) • Timbalan Yang di-Pertua: Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  1. Aknan Ehtook (Bersatu)
  2. Paul Igai (PDP)
  3. Sarawak Nuing Jeluing (PBB)
  4. Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Bersatu)
  5. Melaka Koh Nai Kwong (MCA)
  6. Sabah Bobbey Ah Fang Suan (Gagasan Rakyat)
  7. John Ambrose (Gagasan Rakyat)
  8. Teo Eng Tee (Gerakan)
  9. Ti Lian Ker (MCA)
  10. Kelantan Wan Martina Wan Yusoff (PAS)
  11. Pahang Ajis Sitin (UMNO)
  12. Pahang Juhanis Abd Aziz (UMNO)
  13. Perlis Aziz Ariffin (UMNO)
  14. Perlis Seruandi Saad (UMNO)
  15. Razali Idris (Bersatu)
  16. Md Nasir Hashim (Bersatu)
  17. Terengganu Husain Awang (PAS)
  18. Putrajaya Mohd Hisamudin Yahaya (UMNO)
  19. Arman Azha Abu Hanifah (UMNO)
  20. Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
  21. Nelson Renganathan (MIC)
  22. Sabah Noraini Idris (UMNO)
  23. Perak Shamsuddin Abd Ghaffar (UMNO)
  24. Zurainah Musa (UMNO)
  25. Azhar Ahmad (UMNO)
  26. Mohamad Fatmi Che Salleh (UMNO)
  27. Negeri Sembilan Kesavadas Achyuthan Nair (DAP)
  28. Johor Lim Pay Hen (MCA)
  29. Sarawak Ahmad Ibrahim (PBB)
  30. Negeri Sembilan Ahmad Azam Hamzah (Keadilan)
  31. Mohamed Haniffa Abdullah (MIC)
  32. Ros Suryati Alang (UMNO)
  33. Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (UMNO)
  34. Zambry Abdul Kadir (UMNO)
  35. Saifuddin Nasution Ismail (Keadilan)
  36. Mohd Na'im Mokhtar (BEBAS)
  37. Fuziah Salleh (Keadilan)
  38. Saraswathy Kandasami (Keadilan)
  39. Terengganu Hussin Ismail (PAS)
  40. Pulau Pinang Lingeshwaran R. Arunasalam (DAP)
  41. Pulau Pinang Amir Md Ghazali (Keadilan)
  42. Anifah Aman (PCS)
  43. Awang Sariyan (BEBAS)
  44. Low Kian Chuan (BEBAS)
  45. Mohd Hatta Ramli (AMANAH)
  46. Sivarraajh Chandran (MIC)
  47. Mohd Hasbie Muda (AMANAH)
  48. Manolan Mohamad (Keadilan)
  49. Abun Sui Anyit (Keadilan)
  50. Isaiah Jacob (Keadilan)
  51. Noorita Sual (DAP)
  52. Roderick Wong Siew Lead (DAP)
  53. Kedah Abd Nasir Idris (PAS)
  54. Kedah Musoddak Ahmad (PAS)
  55. Perak Mujahid Yusof (AMANAH)
  56. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
  57. Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  58. Melaka Mustafa Musa (UMNO)
  59. Susan Chemerai Anding (PBB)
  60. Kelantan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS)

★Mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri

Kerajaan: (40) Barisan Nasional (24) Gabungan Parti Sarawak (6) Pakatan Harapan (5) Gabungan Rakyat Sabah (2) BEBAS (3)
Pembangkang: (11) Perikatan Nasional (12)

Bekas Ahli Dewan Negara: 1 ke-2 ke-3 ke-4 ke-5 ke-6 ke-7 ke-8 ke-9 ke-10 ke-11 ke-12 ke-13 ke-14