Mohamad Fatmi Che Salleh

Senator Tan Sri Dato' Haji

Mohamad Fatmi Che Salleh

PSM; DJMK (Kelantan); DMSM (Melaka)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Penjawat kini
Memegang jawatan
25 April 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Butiran peribadi
LahirMohamad Fatmi bin Che Salleh
(1957-04-12) 12 April 1957 (umur 67)
Kota Bharu, Kelantan, Malaya
Parti politik UMNO
PasanganPuan Sri Hajah Norsiah binti Haji Musa
Anak-anak6 (termasuk Fikhran Hamshi)
KediamanKota Bharu, Kelantan, Malaysia
PekerjaanAhli politik

YB Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh adalah salah seorang pegawai yang paling lama berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia kepada Mohd Najib Abdul Razak[1][2].

Pendidikan

Mohamad Fatmi mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail (1), Kota Bharu dan pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sains Pemasaran dari Southern Illinois University, Carbondale, Illinois, dan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dengan Master of Business Administration (MBA) Finance dari Tulane University, New Orleans, Louisiana pada tahun 1981.

Berketurunan peranakan Cina-Melayu

Fatmi datang dari keturunan Cina Islam. Moyang beliau (Abdul Halim) datang dari China dan diterima oleh Sultan Kelantan .Kemudian Moyang beliau telah dihantar ke Mekah untuk belajar agama Islam dan kembali sebagai seorang ulama agama. Beliau diterima baik di kalangan masyarakat Cina dan Melayu di Kelantan kerana persona dan kesopanan beliau.[3].

UMNO Bahagian Kota Bharu

Mohamad Fatmi telah dipilih sebagai Ketua UMNO yang baru bagi Bahagian Kota Bharu. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang oleh seorang Ahli Politik terkenal dan juga bekas ahli UMNO, Menteri Undang-Undang dan bekas ahli Pakatan Rakyat, Datuk Seri Zaid Ibrahim.[4].

Mengiringi Sultan Kelantan

Mohammed Fatmi adalah salah seorang yang mengiringi rombongan Sultan Kelantan semasa ziarah Sultan ke Tanah Suci Mekah dari 10 November 2010 hingga 23 November 2010. Antara lain dalam rombongan itu Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Persekutuan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Anugerah dan pengiktirafan

Mohamad Fatmi telah dianugerahkan gelaran Datuk selepas menerima Darjah Mulia Seri Melaka daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka pada tahun 1994. Beliau juga menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Kelantan pada tahun 2006 dan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2016.[5]

Rujukan

  1. ^ Derma ikhlas bukan rasuah kerana tiada pulangan dijanjikan - Mohd Fatmi
  2. ^ (Inggeris) MALAYSIA DECIDES 2008, The Star online.
  3. ^ (Inggeris) Fatmi is proud of Chinese heritage, By ROYCE CHEAH, The Star online.
  4. ^ (Inggeris) Two new faces head Umno divisions in Kelantan. The Star online.
  5. ^ (Inggeris) Abdullah heads honours list, The Star online
  • l
  • b
  • s
Ahli semasa Dewan Negara mengikut kekananan
Yang di-Pertua: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB) • Timbalan Yang di-Pertua: Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  1. Aknan Ehtook (Bersatu)
  2. Paul Igai (PDP)
  3. Sarawak Nuing Jeluing (PBB)
  4. Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Bersatu)
  5. Melaka Koh Nai Kwong (MCA)
  6. Sabah Bobbey Ah Fang Suan (Gagasan Rakyat)
  7. John Ambrose (Gagasan Rakyat)
  8. Teo Eng Tee (Gerakan)
  9. Ti Lian Ker (MCA)
  10. Kelantan Wan Martina Wan Yusoff (PAS)
  11. Pahang Ajis Sitin (UMNO)
  12. Pahang Juhanis Abd Aziz (UMNO)
  13. Perlis Aziz Ariffin (UMNO)
  14. Perlis Seruandi Saad (UMNO)
  15. Razali Idris (Bersatu)
  16. Md Nasir Hashim (Bersatu)
  17. Terengganu Husain Awang (PAS)
  18. Putrajaya Mohd Hisamudin Yahaya (UMNO)
  19. Arman Azha Abu Hanifah (UMNO)
  20. Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
  21. Nelson Renganathan (MIC)
  22. Sabah Noraini Idris (UMNO)
  23. Perak Shamsuddin Abd Ghaffar (UMNO)
  24. Zurainah Musa (UMNO)
  25. Azhar Ahmad (UMNO)
  26. Mohamad Fatmi Che Salleh (UMNO)
  27. Negeri Sembilan Kesavadas Achyuthan Nair (DAP)
  28. Johor Lim Pay Hen (MCA)
  29. Sarawak Ahmad Ibrahim (PBB)
  30. Negeri Sembilan Ahmad Azam Hamzah (Keadilan)
  31. Mohamed Haniffa Abdullah (MIC)
  32. Ros Suryati Alang (UMNO)
  33. Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (UMNO)
  34. Zambry Abdul Kadir (UMNO)
  35. Saifuddin Nasution Ismail (Keadilan)
  36. Mohd Na'im Mokhtar (BEBAS)
  37. Fuziah Salleh (Keadilan)
  38. Saraswathy Kandasami (Keadilan)
  39. Terengganu Hussin Ismail (PAS)
  40. Pulau Pinang Lingeshwaran R. Arunasalam (DAP)
  41. Pulau Pinang Amir Md Ghazali (Keadilan)
  42. Anifah Aman (PCS)
  43. Awang Sariyan (BEBAS)
  44. Low Kian Chuan (BEBAS)
  45. Mohd Hatta Ramli (AMANAH)
  46. Sivarraajh Chandran (MIC)
  47. Mohd Hasbie Muda (AMANAH)
  48. Manolan Mohamad (Keadilan)
  49. Abun Sui Anyit (Keadilan)
  50. Isaiah Jacob (Keadilan)
  51. Noorita Sual (DAP)
  52. Roderick Wong Siew Lead (DAP)
  53. Kedah Abd Nasir Idris (PAS)
  54. Kedah Musoddak Ahmad (PAS)
  55. Perak Mujahid Yusof (AMANAH)
  56. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
  57. Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  58. Melaka Mustafa Musa (UMNO)
  59. Susan Chemerai Anding (PBB)
  60. Kelantan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS)

★Mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri

Kerajaan: (40) Barisan Nasional (24) Gabungan Parti Sarawak (6) Pakatan Harapan (5) Gabungan Rakyat Sabah (2) BEBAS (3)
Pembangkang: (11) Perikatan Nasional (12)

Bekas Ahli Dewan Negara: 1 ke-2 ke-3 ke-4 ke-5 ke-6 ke-7 ke-8 ke-9 ke-10 ke-11 ke-12 ke-13 ke-14