Spilt Gravy on Rice

Spilt Gravy On Rice
PengarahZahim Albakri
Penulis
  • Zahim Albakri
  • Jit Murad
  • June Tan
Dihasilkan oleh
  • Zarul Albakri
  • Naeim Ghalili
Dibintangi
  • Zahim Albakri
  • Bernice Chauly
  • Sean Ghazi
  • Na'a Murad
  • Juliana Ibrahim
  • Rahim Razali
SinematografiYuk Hoy Cheong
Disunting olehA. Samad Hassan
Muzik olehDaniel Veerapen
Syarikat
penerbitan
ZSA Productions
Tarikh tayangan
9 Jun 2022
Masa tayangan
112 minit
NegaraMalaysia
BahasaInggeris

Spilt Gravy On Rice (Melayu: Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasicode: ms is deprecated ) ialah filem komedi Malaysia 2022 arahan sulung Zahim Albakri dengan skrip ditulis bersama oleh Zahim, Jit Murad dan June Tan. Diadaptasi dari drama pentas 2002 dengan tajuk sama karya Jit, ia mengisahkan kehidupan lima beradik dari lima ibu yang berbeza dan seorang bapa yang membesar dalam arah yang berbeza.[1] Filem ini asalnya ditayangkan pada 8 November 2015, bagaimanapun ia dikeluarkan secara rasmi pada 9 Jun 2022.

Pelakon

Pelakon utama

  • Zahim Albakri sebagai Zak
  • Bernice Chauly sebagai Kalsom
  • Sean Ghazi sebagai Husni
  • Na'a Murad sebagai Darwis
  • Juliana Ibrahim sebagai Zaitun
  • Rahim Razali sebagai Bapak

Pelakon undangan

  • Nanu Baharudin sebagai IPGM
  • Ida Nerina sebagai Salamiah
  • Melissa Saila sebagai Roslinda
  • Sabrina Hassan sebagai Hawa
  • Diana Danielle sebagai Jackie
  • Jit Murad sebagai Kapten "Malaikat"
  • Harith Iskander sebagai pembantu juruterang "Malaikat"
  • Junji Delfino sebagai Concepcion
  • Joelah Charles sebagai Sujatha
  • Carliff Carleel sebagai Azri
  • Bernie Chan sebagai Hortense
  • Doppo sebagai Issey
  • Dara Raziana Othman sebagai Michelle
  • Nam Ron sebagai Nordin
  • Amerul Affendi sebagai Faizal
  • Imri Nasution sebagai Sam
  • Nuramerra Aqma sebagai Lily
  • Elaine Pedley sebagai Willow Gomez
  • Lee Swee Keong sebagai Penari Lelaki
  • Hairi Safwan sebagai Bapak muda

Penerbitan

Sebelum diterjemah ke layar perak, Spilt Gravy On Rice merupakan drama pentas yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pengarah Terbaik (Zahim Albakri), Skrip Asal Terbaik (Jit Murad), Penataan Cahaya Terbaik (Mac Chan) dan Anugerah Pilihan Penonton di Anugerah Seni BOH Cameronian yang pertama pada tahun 2002.[1]

Filem ini menjalani penggambaran di kediaman keluarga Zahim sendiri, yang telah dirobohkan sejurus selepas filem ini disiapkan.[2]

Keluaran

Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2013 tetapi ia tidak diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk ditayangkan kerana filem itu menangani pelbagai topik pantang larang, tarikh tayangan kemudiannya dipinda ke 8 November 2016. Selepas kematian Jit Murad pada Februari 2022, filem ini dikeluarkan secara rasmi pada 9 Jun 2022.[3]

Rujukan

  1. ^ a b Filem Spilt Gravy On Rice menanti kelulusan LPF Astro Awani (22 April 2014). Dicapai pada 27 November 2014.
  2. ^ Deric Ect (7 November 2015). Zahim Albakri’s ‘Spilt Gravy On Rice’ In Competition At IFFCOLOMBO! Daily Seni. Dicapai pada 27 November 2015.
  3. ^ Jared Wee (25 April 2022). Jit Murad’s ‘Spilt Gravy on Rice’ to return to the big screen after 11 years The Malay Mail. Dicapai pada 29 Jun 2022.

Pautan luar