Pujaan Hati Kanda

  • Drama
    Cinta
    Konflik
    Keluarga
Berdasarkan daripada
Pujaan Hati Kanda
karya Aulia ImanPenciptaAulia ImanDitulis olehIntan Zarina Mohd YasinPengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
  • Mira Filzah
  • Remy Ishak
  • Sarah Hildebrand
Lagu pembukaan"Pujaan Hati" oleh AdiraNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod28PenerbitanPenerbit eksekutifNorley Aimi Nadiah ShaariPenerbitArisz Ab RahmanTempoh siaran40–41 minit
Syarikat penerbitan
Saphire Screen Sdn.BhdPenyiaranSaluran asalTV3Siaran asal20 Disember 2018 – 28 Januari 2019KronologiMengikutiSeribu RinduDiikuti olehDia Menantu Rahsia

Pujaan Hati Kanda merupakan siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak. Diadaptasi daripada novel 2016 dengan judul yang sama karya Aulia Iman terbitan Karyaseni. Siri ini memulakan tayangan perdana Slot Akasia TV3 dari 20 Disember 2018 menggantikan Seribu Rindu.[1][2]

Sinopsis

Mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru.

Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah 'hadiah' iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.    Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy (Aydeen Mikael) sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy itu anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Runut bunyi

No.TajukArtisMasa
1."Pujaan Hati"Adira Suhaimi04:06
2."Saat Bahagia"Ippo Hafiz-:--
3."Amanda"Ippo Hafiz-:--
4."Lakar Janji"Azharina Azhar-:--
Jumlah masa: -:--


Sambutan

Drama ini telah menerima penarafan sebanyak 12 juta penonton dan turut menjadi antara topik-topik hangat di media sosial serta sohor kini di Malaysia dan juga seluruh dunia. Pada Episod akhirnya, drama ini ditonton oleh 5 juta penonton serta menerima sebanyak 30 juta penonton di platform TonTon dan juga saluran YouTube rasmi TV3.

Rujukan

  1. ^ "Drama Pujaan Hati Kanda (TV3)". MyInfotaip. 19 Disember 2018.
  2. ^ Budiey (7 Januari 2019). "Yang anda patut tahu tentang drama Pujaan Hati Kanda". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2019.
TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang
Sebelumnya Pujaan Hati Kanda Berikutnya
Seribu Rindu Dia Menantu Rahsia