Pelabuhan Tanjung Pelepas

Pelabuhan Tanjung Pelepas is located in Bumi
Pelabuhan Tanjung Pelepas
Pelabuhan Tanjung Pelepas (Bumi)
MapNegaraMalaysia Sunting ini di WikidataLokasiGelang Patah, Iskandar Puteri, JohorKoordinat01°21′58.85″N 103°32′54.12″E / 1.3663472°N 103.5483667°E / 1.3663472; 103.5483667
Jasad air terdekat
Sungai Pulai, Selat Johor Sunting ini di Wikidatasunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang terletak di barat daya Semenanjung Malaysia merupakan pelabuhan yang kedua di negeri Johor dan pelabuhan muatan pindah kapal utama di Malaysia.

PTP telah ditubuhkan pada 13 Mac 1999 dan telah memulakan operasinya pada 10 Oktober 1999. Pada 1999 PTP mengendalikan 20,696 TEU dan pada 2000 meningkat kepada 418,218 TEU. Pada 2003 pula meningkat kepada 3.87 juta TEU dan mengatasi Pelabuhan Klang di Malaysia. Pada tahun 2004 mengendalikan 4,020,421 TEU dan menjadi pelabuhan ke-18 paling sibuk di dunia. Pada 2005 PTP mengendalikan 4.2 juta TEU, dan 2006 mengendalikan kontena berjumlah 4.6 juta TEU.

Tapak

Terletaknya di muara Sungai Pulai, kawasan PTP seluas 1,935 ekar dan dilindungi oleh sebuah teluk air-dalam. Berada di air-dalam mencecah 15 meter dari aras laut, ia mempunyai saluran sepanjang 12.6 kilometer dan lebar seluas 250 meter yang memberi PTP kelebihan dalam mengurangkan masa kapal-kapal untuk menunggu.

PTP dihubungkan oleh Lebuhraya Utara-Selatan. Pelabuhan ini juga berada dikawasan Zon Perdagangan Bebas. Ia memberi keistimewaan kepada pelanggan supaya bebas daripada prosedur kastam, duti import dan eksport serta lesen import.

Kemudahan dan perkhidmatan

Tanjung Pelepas Pintu B

Kini, PTP berupaya mengendalikan sebanyak enam juta TEU setahun. Kemudahannya termasuk:

  • 14 dermaga yang berukuran 360 meter setiap satu, berjumlah sepanjang 4.68 kilometer barisan dermaga;
  • 58 buah kren tepian dermaga "Super Post Panamax" yang boleh mengangkat sebanyak 18 buah kargo, dengan tambahan 10 kargo dan 22 buah kotak;
  • 70 buah kren dan juga treler-treler di kawasan menyimpan kargo berbahaya;
  • Bangunan simpanan kontena yang terbesar di negara yang boleh menyimpan dan menampung sebanyak 110,000 TEU, termasuk lebih daripada 2,100 'point reefer'.
  • Sistem pintu gerbang automatik GCAM yang membolehkan pengurusan pengangkutan kotak yang lebih cepat.

Untuk melancarkan operasi, PTP menggunakan perkhidmatan teknologi maklumat untuk menyambungkan seluruh pengguna pelabuhan antara satu sama lain. Sistem ini juga membantu pengimport-pengeksport, ejen perkapalan dan pelabuhan untuk berkomunikasi dengan lebih cepat. Syarikat operator perkapalan iaitu Maersk Sealand dan Evergreen Marine Corporation memindahkan operasi dari Singapura ke PTP.

Pada tahun 2000, PTP telah dianugerahkan sebagai "Pelabuhan Kontena Baru yang Terbaik" ('Best Emerging Container Terminal') dari Senarai Lloyds kerana berjaya menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang perjalanan operasi.

Pelanggan utama

Pada bulan Jun 2000, Maersk Sealand dan APL-NOL telah memulakan perkhidmatan tetap di pelabuhan ini. Maersk dianggarkan akan membawa ketumpatan sebanyak dua juta TEU ke PTP pada setiap tahun.

JST, menerusi anak syarikat Malaysia JST Connectors (M) Sdn. Bhd., juga akan membangunkan kemudahan bersepadu pengeluaran, kejuruteraan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan jualan di Perdagangan Bebas Pelepas. Luas kawasannya sebanyak sejuta kaki persegi dijangka siap pada tahun 2006. Diasaskan di Osaka, Jepun, JST merupakan salah satu daripada pengeluar penyambung utama di dunia untuk kegunaan-kegunaan yang termasuk kereta, automasi pejabat, telekomunikasi dan kelengkapan pengguna.

Kampus Perindustrian Flextronics yang dibina dalam lingkungan Zon Perdagangan Bebas Pelepas dijangka beroperasi mulai April 2006. Syarikat lain yang sudah berpindah ke pelabuhan ini termasuklah BMW, sebuah pengeluar kereta mewah Jerman yang mengusahakan kilang alat ganti untuk wilayah Asia dan syarikat logistik Schenker.

Pautan luar

  • Laman Rasmi Pelabuhan Tanjung Pelepas
  • l
  • b
  • s
Topik
Istana
Bangunan kerajaan
Bandar raya
Bandar Diraja
Pekan
Kampung
Pulau
Bandar baru
Zon Khas
Gunung
Pintu masuk antarabangsa
Bahagian perundangan
  • l
  • b
  • s
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Tangkak
Lihat juga: Mukim di Johor
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P140 Segamat
N01 Buloh Kasap
N02 Jementah

P141 Sekijang
N03 Pemanis
N04 Kemelah

P142 Labis
N05 Tenang
N06 Bekok

P143 Pagoh
N07 Bukit Kepong
N08 Bukit Pasir

P144 Ledang
N09 Gambir
N10 Tangkak
N11 Serom

P145 Bakri
N12 Bentayan
N13 Simpang Jeram
N14 Bukit Naning

P146 Muar
N15 Maharani
N16 Sungai Balang

P147 Parit Sulong
N17 Semerah
N18 Sri Medan

P148 Ayer Hitam
N19 Yong Peng
N20 Semarang

P149 Sri Gading
N21 Parit Yaani
N22 Parit Raja

P150 Batu Pahat
N23 Penggaram
N24 Senggarang
N25 Rengit

P151 Simpang Renggam
N26 Machap
N27 Layang-Layang

P152 Kluang
N28 Mengkibol
N29 Mahkota

P153 Sembrong
N30 Paloh
N31 Kahang

P154 Mersing
N32 Endau
N33 Tenggaroh

P155 Tenggara
N34 Panti
N35 Pasir Raja

P156 Kota Tinggi
N36 Sedili
N37 Johor Lama

P157 Pengerang
N38 Penawar
N39 Tanjung Surat

P158 Tebrau
N40 Tiram
N41 Puteri Wangsa

P159 Pasir Gudang
N42 Johor Jaya
N43 Permas

P160 Johor Bahru
N44 Larkin
N45 Stulang

P161 Pulai
N46 Perling
N47 Kempas

P162 Iskandar Puteri
N48 Skudai
N49 Kota Iskandar

P163 Kulai
N50 Bukit Permai
N51 Bukit Batu
N52 Senai

P164 Pontian
N53 Benut
N54 Pulai Sebatang

P165 Tanjung Piai
N55 Pekan Nanas
N56 Kukup