Parti Perikatan

Politik Malaysia
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Negara Anggota ASEAN
Kerajaan Persekutuan
  • Perlembagaan Malaysia
  • Hak asasi manusia
  • Undang-undang
  • Kontrak sosial
  • Rukun Negara
  • Agama Persekutuan (Islam)
  • Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu)
  • Hak istimewa Melayu & Bumiputera

  • Kerajaan gabungan
  • Kerajaan perpaduan


  • Politik di negeri-negeri
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
  • Wilayah Persekutuan
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Perikatan Malaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum-kaum Cina dan India bergabung dengan orang Melayu serta bergabung dengan Bumiputera Sabah Borneo dan Bumiputera Sarawak untuk tujuan yang sama (Demi Kemerdekaan). Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk Sabah dan Sarawak melalui Parti Perikatan di Sabah iaitu United Sabah National Organisation (USNO), Borneo Utara National Party (BUNAP), United National Kadazan Organisastion (UNKO) dan juga Parti Perikatan di Sarawak iaitu Sarawak National Party (SNAP). Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri. Barisan Nasional (BN) telah memerintah beberapa tahun di Negara Malaysia sehingga ditewaskan (lost seat) pada Tahun 2018, berikutan Pilihan Raya Umum 2018 (General Election 14 - GE14). Selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2018, Gabungan-gabungan Besar di Malaysia telah "terpecah" dan terbahagi dari banyak cabang, kategori, serta cawangan tertentu seperti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan Gabungan Warisan Plus (Gabungan Warisan Plus cuma wujud di Sabah, namun presiden gabungan bercadang untuk "melebarkan sayap" ke Peninsular Malaysia dan Sarawak). Walaubagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih bertanding dan masih mempunyai kerusi yang banyak di Malaysia walaupun sudah tidak menjadi Kerusi Majoriti di Malaysia.

Sejarah

Setelah menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang bersama-sama. Ini bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.[1]

Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.[2]

Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.[3][4]

Didaftarkan

Pada 30 Oktober 1957, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik. Pendaftaran secara rasmi Parti Perikatan ini menjadikan parti tersebut sebagai sebuah badan yang sah dan dapat bergerak sebagai sebuah parti pemerintahan schingga membentuk satu asas yang kukuh kepada tampuk pemerintahan negara sehingga sekarang.

Mengikut perlembagaan Parti Perikatan yang didaftarkan ini, keahliannya terbuka kepada sebarang parti yang bersifat kebangsaan. Sementara itu, sebuah Majlis Kebangsaan yang mengandungi 16 orang wakil daripada UMNO, 16 orang wakil daripada MCA dan 6 orang wakil daripada MIC bertanggungjawab untuk mengelolakan parti ini.

Parti Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Parti Perikatan ini seterusnya mencatatkan sejarah dengan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Kerjasama kaum

Kerjasama pelbagai kaum di bawah perikatan ini amat berkesan dan diterima oleh semua orang sehingga gabungan parti ini merupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan demokrasi. Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaum di Tanah Melayu mendapat sokongan daripada semua orang. Semua pemimpin daripada pelbagai kaum mempunyai matlamat bahawa Kemerdekaan Tanah Melayu tidak dapat diperolehi tanpa penyatuan kaum bagi tujuan keharmonian dan keamanan.

Rumus Parti Perikatan diperbesarkan di bawah kerjasama orang Melayu dan orang bukan Melayu di seluruh negara. Konsep ini disebarkan di peringkat wilayah dan negeri. Gabungan pelbagai parti menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang didaftarkan pada 1 Julai 1974.

Keputusan pilihan raya

Pilihan raya Jumlah kerusi yang dimenangi kerusi ditangdinkan Jumlah undian Perkongsian undian Hasil pilihan raya Pemimpin pilihan raya
1955
51 / 52
52 818,013 81.7% 51 kerusi; Pimpinan gabungan Tunku Abdul Rahman
1959
74 / 104
104 800,944 51.8% 23 kerusi; Pimpinan gabungan Tunku Abdul Rahman
1964
89 / 159
159 1,204,340 58.4% 15 kerusi; Pimpinan gabungan Tunku Abdul Rahman
1969
74 / 144
144 1,063,238 48.4% 12 kerusi; Pimpinan gabungan Tunku Abdul Rahman

Keputusan pilihan raya negeri

Pilihanraya negeri Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri Perlis Dewan Undangan Negeri Kedah Dewan Undangan Negeri Kelantan Dewan Undangan Negeri Terengganu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Dewan Undangan Negeri Perak Dewan Undangan Negeri Pahang Dewan Undangan Negeri Selangor Dewan Undangan Negeri Sembilan Dewan Undangan Negeri Melaka Dewan Undangan Negeri Johor Jumlah menang / Jumlah yang dipertandingkan
12 24 30 24 24 40 24 28 24 20 32 282
2/3 majoriti
2 / 3
2 / 3
2 / 3
2 / 3
2 / 3
2 / 3
2 / 3
2 / 3
2 / 3
2 / 3
2 / 3
282 / 282
1954/1955
12 / 12
24 / 24
2 / 30
7 / 24
17 / 24
31 / 40
23 / 24
23 / 28
20 / 24
20 / 20
28 / 32
211 / 282
1959
12 / 12
24 / 24
2 / 30
7 / 24
17 / 24
31 / 40
23 / 24
23 / 28
20 / 24
20 / 20
28 / 32
211 / 282
1964
11 / 12
24 / 24
9 / 30
21 / 24
18 / 24
35 / 40
24 / 24
24 / 28
24 / 24
18 / 20
32 / 32
240 / 282
1969
11 / 12
14 / 24
11 / 30
13 / 24
4 / 24
19 / 40
20 / 24
14 / 28
16 / 24
15 / 20
30 / 32
171 / 282

Rujukan

  1. ^ Keat Gin Ooi, penyunting (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1. ABC-CLIO. m/s. 138–139. ISBN 978-1576077702.
  2. ^ Lee Hock Guan (30 July 2014). Ooi Kee Beng (penyunting). ISEAS Perspective: Selections 2012-2013. ISEAS Publishing. m/s. 57. ISBN 978-9814519267.
  3. ^ Keat Gin Ooi (2010). The A to Z of Malaysia. Scarecrow Press. m/s. ixvi–ixvii. ISBN 978-0810876415.
  4. ^ Joseph Liow, Michael Leifer (18 November 2014). Dictionary of the Modern Politics of Southeast Asia (ed. 4th). Routledge. ISBN 978-0415625326.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Parti yang mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
parti tidak berdaftar ditandakan*

  • Politik Malaysia
  • Portal politik
  • Senarai parti politik yang memenangi pilihan raya umum Malaysia mengikut Parlimen