Noor Amin Ahmad

Noor Amin bin Ahmad

Pengerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Penjawat kini
Memegang jawatan
2 Mac 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriFadhlina Sidek
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kangar, Perlis
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Shaharuddin Ismail
Digantikan oleh Zakri Hassan
Majoriti5,603 (2018)
Pengerusi PKR Perlis
Penjawat kini
Memegang jawatan
2024
Didahului olehNurul Izzah Anwar
Ketua PKR Cabang Kangar
Penjawat kini
Memegang jawatan
2022
Pengerusi PKR PerlisNurul Izzah Anwar
Pengerusi Pakatan Harapan Perlis
Dalam jawatan
10 Mac 2021 – 2022
Didahului olehAmeir Hassan
Digantikan olehNurul Izzah Anwar
Butiran peribadi
LahirNoor Amin bin Ahmad
(1982-02-20) 20 Februari 1982 (umur 42)
Kangar, Perlis
Parti politik Pakatan Harapan-Parti Keadilan Rakyat
PasanganSiti Kamariah Ahmad Subki
Alma materUniversiti Putra Malaysia
PekerjaanAhli politik
Dikenali keranaAhli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia Ke-14

Noor Amin bin Ahmad adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Kangar (2018-2022) dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)[1]. Di peringkat parti, beliau adalah Pengerusi PKR Perlis.

Latar Belakang

Beliau lahir di Kangar pada 20 Februari 1982, anak ketiga dari enam adik beradik. Apabila kakak beliau meninggal sewaktu beliau berumur lima tahun, sejak itu beliau menjadi anak kedua. Ayah dan emak beliau aktif dalam politik di peringkat Cawangan dan Bahagian di Perlis. Ayah sbeliau pernah jadi AJK Bahagian UMNO di bawah pimpinan Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad (kini Tan Sri). Ketika kecil, ibubapa beliau pernah bawa beliau ikut mesyuarat UMNO. Pernah satu ketika ayah beliau, Ahmad Abdullah pernah mendapat hadiah daripada DBP sebanyak 50 buah buku. BEliau tidak pasti apa hadiah yang dimenanginya. Tapi antara buku yang dimenanginya ialah buku mengenai pemecatan Tun Salleh Abas. Ketika itu, beliau masih kecil sekitar darjah lima atau enam. Minat beliau membaca buku muncul ketika itu. Ibu beliau, Tengku Hamidah Mas Abdullah Akhir juga aktif dalam politik di peringkat cawangan. Beliau bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang ada kesedaran politik. Ayah beliau seorang yang berdisiplin, seorang yang teliti. Beliau seorang yang berpengalaman. Seorang pesara kerajaan, pernah bekerja di beberapa jabatan. Jawatan terakhirnya sebagai ketua kerani di Mahkamah Tinggi Perlis. Ayah beliau sering membantu pentadbiran pejabat . Jika ada orang di kawasan Parlimen yang ada urusan, mereka terlebih dahulu merisik ayah beliau. Mereka yang sebaya dengan ayah beliau, mungkin mereka selesa jumpa ayah dahulu.

Pendidikan

Beliau bersekolah rendah di SRK Sri Indera Kangar dari darjah satu hingga enam dan kemudian di SMK Derma Kangar dari tingkatan satu hingga lima. Selepas itu, melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 2000 hingga 2003 dan berjaya memperolehi diploma perhutanan. Kemudian, pada tahun 2003 hingga 2006,beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perhutanan, juga di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Kerjaya

Beliau bertugas sebagai Pembantu Penyelidik di Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 2006 hingga 2007. Kemudian, bekerja di Malaysia Think Tank London (MTTL) nama lama IDEAS sebelum ia didaftarkan di Malaysia. Sebelum ini ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat bukan berasas keuntungan di UK dan selepas pengasasnya memindahkan operasi ke Malaysia pada 2009, pertubuhan ini berganti nama kepada IDEAS atau Institute For Democracy and Economic Affairs (IDEAS). Beliau bertugas di sana pada tahun 2007 hingga 2008. Kemudian pada tahun 2008, beliau menjadi Penyelaras projek dengan Merdeka Center untuk penyelidikan Islam dan Demokrasi di Malaysia. Penyelidikan ini diadakan di seluruh negara. Selepas itu, pada, awal 2010, bulan Februari, beliau bekerja sebagai Pegawai Komunikasi kepada Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimanpun, walaupun kontrak dilanjutkan tetapi beliau memilih untuk berkhidmat semula di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) sebagai Pengurus Projek dan Operasi. Antara projek besar yang dijalankan ialah menjadi pemerhati Pilihanraya Umum ke-13. Beliau juga menjadi Kordinator Perkaderan dan Latihan Pemerhati Pilihan Raya Umum Malaysia untuk melatih pemerhati pilihan raya di seluruh negara. Sejak 2007 beliau sering menulis di pelbagai media dan dijemput juga dalam pelbagai program bual bicara di Astro Awani 501, Saluran 1 RTM dan Bernama TV untuk berkongsi berbagai pandangan dalam persoalan politik, ekonomi dan isu semasa khususnya yang melibatkan anak muda. Beliau menulis tiga buah buku. Antara buku yang beliau tulis ialah Pemanasan Global dan Perubahan Iklim (2011), Ekonomi Pasaran Sosial: Alternatif untuk Malaysia? (2010) dan Kelestarian: Manusia, Alam Sekitar dan Pembangunan. Selain beliau juga menulis isu-isu berkaitan politik, ekonomi dan alam sekitar di pelbagai media cetak dan atas talian sejak 2008. Beliau juga menterjemah lebih sepuluh buah buku, antaranya What is Seen and What is Not Seen oleh Frederic Bastiat (2012), Economic in One Lesson oleh Henry Hazlott (2013).

PENGLIBATAN DALAM PILIHANRAYA

Tiga hari menjelang penamaan calon PRU-13, seingat beliau hari Rabu, hampir tengah malam, beliau dihubungi oleh YB Azmin (Dato Sri) untuk memaklumkan keputusan parti untuk meletakkan beliau bertanding di DUN Kuala Perlis. Saya diminta bertanding menggantikan calon yang sepatutnya bertanding kerana beliau diserang stroke. Beliau kalah dalam pilihanraya itu tetapi berjaya mengurangkan majoriti yang diperolehi BN dimana pada pilihanraya umum ke-12, mereka memperolehi peratusan dengan majoriti paling tinggi di Perlis. Walaupun tewas pada PRU13, tetapi dari masa ke semasa, beliau sering balik ke DUN Kuala Perlis untuk menjalankan beberapa program untuk masyarakat di sana. Selain itu, beliau juga mengambil peluang mengikuti banyak program latihan di luar negara, seperti di Amerika Syarikat, Hong Kong, Jerman, India ,Kemboja, Indonesia, Filipina dan pelbagai negara lain. Selepas kalah PRU13, beliau juga mendaftarkan sebuah pertubuhan Institute for Leadership and Development Studies(LEAD) untuk memperbanyak lagi program pendidikan politik ekonomi dasar awam dan kajian yang berkaitan. Namun sebagai pertubuhan baru, dengan sumber kewangan yang terhad, hanya beberapa program yang beliau dapat laksanakan.

Pada awal 2014, beliau diminta oleh Dato Seri Anwar Ibrahim untuk membantu menguruskan Diwan Reformasi, sebuah pusat latihan dan penyelidikan untuk mengembangkan idea reformasi. Antara program utama ialah mengadakan siri Kuliah Anwar Ibrahim, pelbagai siri program termasuk penganjuran Syarahan Anti Keganasan, tentang masyarakat madani, tentang kepentingan hidup bersama dalam realiti pelbagai kaum, budaya, agama dan kepercayaan. Apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjara pada tahun 2015, beliau melepaskan jawatan di Diwan dan kembali fokus kepada kegiatan LEAD, membina banyak jaringan, melatih ratusan aktivis muda dan mahasiswa dalam dasar dasar awam dan program ini masih diteruskan sampai sekarang. Beliau dilantik oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menjadi Ketua Biro Latihan AMK Pusat. Ini membolehkan beliau bergerak di seluruh negara. Selain itu, beliau juga dilantik oleh YB Nurul Izzah Anwar, Pengarah pillihanraya Keadilan Pusat sebagai Pengarah Pilihanraya Keadilan Negeri Perlis.

Dalam PRU ke-14, beliau dimaklumkan oleh parti untuk bertanding Parlimen Kangar. Dalam PRU yang bersejarah pada tahun 2018 , itulah pertama kali dalam sejarah Parlimen Kangar, ia tidak lagi dimenangi Barisan Nasional. Selain itu, tiga DUN dalam Parlimen Kangar iaitu DUN Kuala Perlis, Indera Kayangan dan Sena juga dimenangi Pakatan Harapan. Beliau membuat satu keputusan untuk bermastautin di Kangar. Ibu bapa saya masih ada dan seorang adik OKU masih tinggal di Kangar. Saya memilih tinggal bersama ibu bapa.

Oleh sebab jadual beliau agak padat, bermula awal pagi hingga malam. Sidang Parlimen bermula dari Isnin hingga Khamis selama 68 hari dalam setahun. Hari Jumaat atau Sabtu pagi balik ke kangar dan Ahad balik semula ke ibu negara. Biasanya hari Jumaat, beliau hadiri taklimat, ambil kesempatan menghantar surat ke kementerian atau pihak berkenaan, yang boleh membantu urusan dan masalah di kawasan. Selain itu mengadakan perjumpaan dengan pelbagai pihak. Selain waktu sidang Dewan Rakyat, sebagai Ahli Parlimen, saya sering dihantar ke luar negara bagi mewakili Parlimen Malaysia untuk menghadiri pelbagai persidangan , urusan diplomatik atau misi khas pencarian fakta dalam pelbagai isu seperti pergolakan di Kashmir, Myanmar, dan sebagainya. Adakalanya ada undangan dari luar negara yang terpaksa ditolak kerana bertindih dengan program lain. Selain itu, Malaysia juga menganggotai AIPA (Asean Inter-Parliamentary Assembly, Commonwealth Parliamentary Association (CPA) dan International Parliamentary Union (IPU). Selain itu, saya juga menghadiri Asian Parliamentary for Human Right, Anti Korupsi, Young Parliamentary Network di bawah World Bank. Beliau juga dilantik Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Belanjawan. Masa lapang beliau sangat sangat terhad. Namun, beliau tetep memperuntukan masa untuk bersenam, masa untuk jaga makan dan sediakan masa untuk keluarga. Masa sangat terhad, biasanya beliau baca buku sebelum tidur. Beliau banyak baca buku mengenai perlembagaan. Buku terkini saya baca ialah Good Economy For Hard Times ditulis pasangan suami isteri pemenang hadiah Novel, Abhijit Banerjee dan Esther Duflo, kedua-duanya profesor di MIT.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan ahli politik berpartikan Parti Keadilan Rakyat serta parti gabungan, Pakatan Harapan.[2]

Rujukan

  1. ^ https://www.itbm.com.my/bod
  2. ^ https://amp.utusanborneo.com.my/2020/01/17/noor-amin-ahmad-pemikir-muda-yang-kini-jadi-ahli-parlimen
  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertua: Azhar Azizan Harun (BEBAS) (Bukan Ahli Dewan Rakyat) • Timbalan Yang di-Pertua: Mohd Rashid Hasnon (BERSATU)
Ketua Majlis: Ismail Sabri Yaakob (UMNO) • Ketua Pembangkang: Anwar Ibrahim (PKR)
  1. Padang Besar: Zahidi Zainul Abidin (UMNO)
  2. Kangar: Noor Amin Ahmad (PKR)
  3. Arau: Shahidan Kassim (UMNO)
  4. Langkawi: Mahathir Mohamad (PEJUANG)
  5. Jerlun: Mukhriz Mahathir (PEJUANG)★
  6. Kubang Pasu: Amiruddin Hamzah (PEJUANG)★
  7. Padang Terap: Mahdzir Khalid (UMNO)
  8. Pokok Sena: Mahfuz Omar (AMANAH)
  9. Alor Setar: Chan Ming Kai (PKR)
  10. Kuala Kedah: Azman Ismail (PKR)
  11. Pendang: Awang Solahudin Hashim (PAS)
  12. Jerai: Sabri Azit (PAS)
  13. Sik: Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS)
  14. Merbok: Nor Azrina Surip (PKR)
  15. Sungai Petani: Johari Abdul (PKR)★
  16. Baling: Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO)
  17. Padang Serai: Karupaiya Mutusami (PKR)
  18. Kulim-Bandar Baharu: Saifuddin Ismail (PKR)★
  19. Tumpat: Che Abdullah Mat Nawi (PAS)
  20. Pengkalan Chepa: Marzuk Shaary (PAS)
  21. Kota Bharu: Takiyuddin Hassan (PAS)
  22. Pasir Mas: Ahmad Fadhli Shaari (PAS)
  23. Rantau Panjang: Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
  24. Kubang Kerian: Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
  25. Bachok: Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS)
  26. Ketereh: Annuar Musa (UMNO)
  27. Tanah Merah: Ikmal Hisham Abdul Aziz (BERSATU)
  28. Pasir Puteh: Nik Zawawi Salleh (PAS)
  29. Machang: Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO)
  30. Jeli: Mustapa Mohamed (BERSATU)★
  31. Kuala Krai: Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS)
  32. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO)
  33. Besut: Idris Jusoh (UMNO)
  34. Setiu: Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS)
  35. Kuala Nerus: Khairuddin Aman Razali (BEBAS)
  36. Kuala Terengganu: Amzad Mohamed (PAS)
  37. Marang: Abdul Hadi Awang (PAS)
  38. Hulu Terengganu: Rosol Wahid (BERSATU)
  39. Dungun: Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
  40. Kemaman: Che Alias Hamid (PAS)
  41. Kepala Batas: Reezal Naina Merican (UMNO)
  42. Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (BERSATU)
  43. Bagan: Lim Guan Eng (DAP)★
  44. Permatang Pauh: Nurul Izzah Anwar (PKR)
  45. Bukit Mertajam: Steven Sim (DAP)
  46. Batu Kawan: Kasthuriraani Patto (DAP)
  47. Nibong Tebal: Mansor Othman (BERSATU)
  48. Bukit Bendera: Wong Hon Wai (DAP)
  49. Tanjong: Chow Kon Yeow (DAP)★
  50. Jelutong: Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (DAP)
  51. Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh (DAP)
  52. Bayan Baru: Sim Tze Tzin (PKR)
  53. Balik Pulau: Bakhtiar Wan Chik (PKR)
  54. Gerik: Kosong
  55. Lenggong: Shamsul Anuar Nasarah (UMNO)
  56. Larut: Hamzah Zainudin (BERSATU)
  57. Parit Buntar: Mujahid Yusuf Rawa (AMANAH)
  58. Bagan Serai: Noor Azmi Ghazali (BERSATU)
  59. Bukit Gantang: Syed Hussin Fasal (BERSATU)
  60. Taiping: Teh Kok Lim (DAP)
  61. Padang Rengas: Nazri Abdul Aziz (UMNO)
  62. Sungai Siput: Kesavan Subramaniam (PKR)
  63. Tambun: Ahmad Faizal Azumu (BERSATU)★
  64. Ipoh Timor: Wong Kah Woh (DAP)
  65. Ipoh Barat: Kulasegaran Murugeson (DAP)
  66. Batu Gajah: Sivakumar Varatharaju (DAP)
  67. Kuala Kangsar: Mastura Mohd Yazid (UMNO)
  68. Beruas: Ngeh Koo Ham (DAP)
  69. Parit: Mohd Nizar Zakaria (UMNO)
  70. Kampar: Thomas Su Keong Siong (DAP)
  71. Gopeng: Lee Boon Chye (PKR)
  72. Tapah: Saravanan Murugan (MIC)
  73. Pasir Salak: Tajuddin Abdul Rahman (UMNO)
  74. Lumut: Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH)
  75. Bagan Datuk: Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
  76. Teluk Intan: David Nga Kor Ming (DAP)★
  77. Tanjong Malim: Chang Lih Kang (PKR)
  78. Cameron Highlands: Ramli Mohd Nor (UMNO)
  79. Lipis: Abdul Rahman Mohamad (UMNO)
  80. Raub: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP)
  81. Jerantut: Ahmad Nazlan Idris (UMNO)
  82. Indera Mahkota: Saifuddin Abdullah (BERSATU)
  83. Kuantan: Fuziah Salleh (PKR)
  84. Paya Besar: Mohd Shahar Abdullah (UMNO)
  85. Pekan: Mohd Najib Abdul Razak (UMNO)
  86. Maran: Ismail Abd Muttalib (UMNO)
  87. Kuala Krau: Ismail Mohamed Said (UMNO)
  88. Temerloh: Mohd Anuar Mohd Tahir (AMANAH)
  89. Bentong: Wong Tack (DAP)
  90. Bera: Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
  91. Rompin: Hasan Arifin (UMNO)
  92. Sabak Bernam: Fasiah Fakeh (BERSATU)
  93. Sungai Besar: Muslimin Yahaya (BERSATU)
  94. Hulu Selangor: June Leow Hsiad Hui (PKR)
  95. Tanjong Karang: Noh Omar (UMNO)
  96. Kuala Selangor: Dzulkefly Ahmad (AMANAH)
  97. Selayang: William Leong Jee Keen (PKR)
  98. Gombak: Mohamed Azmin Ali (BERSATU)★
  99. Ampang: Zuraida Kamaruddin (PBM)
  100. Pandan: Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
  101. Hulu Langat: Hasanuddin Mohd Yunus (AMANAH)
  102. Bangi: Ong Kian Ming (DAP)
  103. Puchong: Gobind Singh Deo (DAP)
  104. Subang: Wong Chen (PKR)
  105. Petaling Jaya: Maria Chin Abdullah (PKR)
  106. Damansara: Tony Pua Kiam Wee (DAP)
  107. Sungai Buloh: Sivarasa Rasiah (PKR)
  108. Shah Alam: Khalid Abdul Samad (AMANAH)
  109. Kapar: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
  110. Klang: Charles Anthony Santiago (DAP)
  111. Kota Raja: Mohamad Sabu (AMANAH)
  112. Kuala Langat: Xavier Arulanandam (PBM)
  113. Sepang: Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH)
  114. Kepong: Lim Lip Eng (DAP)
  115. Batu: Prabakaran Parameswaran (PKR)
  116. Wangsa Maju: Tan Yee Kew (PKR)
  117. Segambut: Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP)
  118. Setiawangsa: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
  119. Titiwangsa: Rina Mohd Harun (BERSATU)
  120. Bukit Bintang: Fong Kui Lun (DAP)
  121. Lembah Pantai: Fahmi Fadzil (PKR)
  122. Seputeh: Teresa Kok Suh Sim (DAP)
  123. Cheras: Tan Kok Wai (DAP)
  124. Bandar Tun Razak: Kamarudin Jaffar (BERSATU)
  125. Putrajaya: Tengku Adnan Mansor (UMNO)
  126. Jelebu: Jalaluddin Alias (UMNO)
  127. Jempol: Mohd Salim Shariff (UMNO)
  128. Seremban: Anthony Loke Siew Fook (DAP)★
  129. Kuala Pilah: Eddin Syazlee Shith (BERSATU)
  130. Rasah: Cha Kee Chin (DAP)
  131. Rembau: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO)
  132. Port Dickson: Anwar Ibrahim (PKR)
  133. Tampin: Hasan Bahrom (AMANAH)
  134. Masjid Tanah: Mas Ermieyati Samsudin (BERSATU)
  135. Alor Gajah: Mohd Redzuan Md Yusof (BERSATU)
  136. Tangga Batu: Rusnah Aluai (PKR)
  137. Hang Tuah Jaya: Shamsul Iskandar Md Akin (PKR)
  138. Kota Melaka: Khoo Poay Tiong (DAP)
  139. Jasin: Ahmad Hamzah (UMNO)
  140. Segamat: Edmund Santhara Ramanaidu (PBM)
  141. Sekijang: Natrah Ismail (PKR)
  142. Labis: Pang Hok Liong (DAP)
  143. Pagoh: Mahiaddin Md Yasin (BERSATU)
  144. Ledang: Syed Ibrahim Syed Noh (PKR)
  145. Bakri: Yeo Bee Yin (DAP)
  146. Muar: Syed Saddiq Abdul Rahman (MUDA)
  147. Parit Sulong: Noraini Ahmad (UMNO)
  148. Ayer Hitam: Wee Ka Siong (MCA)
  149. Sri Gading: Shahruddin Md Salleh (PEJUANG)
  150. Batu Pahat: Mohd Rashid Hasnon (BERSATU)
  151. Simpang Renggam: Maszlee Malik (PKR)
  152. Kluang: Wong Shu Qi (DAP)
  153. Sembrong: Hishammuddin Hussein (UMNO)
  154. Mersing: Abdul Latiff Ahmad (BERSATU)
  155. Tenggara: Adham Baba (UMNO)
  156. Kota Tinggi: Halimah Sadique (UMNO)
  157. Pengerang: Azalina Othman Said (UMNO)
  158. Tebrau: Steven Choong (PBM)
  159. Pasir Gudang: Hassan Abdul Karim (PKR)
  160. Johor Bahru: Akmal Nasrullah Nasir (PKR)
  161. Pulai: Salahuddin Ayub (AMANAH)★
  162. Iskandar Puteri: Lim Kit Siang (DAP)
  163. Kulai: Teo Nie Ching (DAP)
  164. Pontian: Ahmad Maslan (UMNO)
  165. Tanjung Piai: Wee Jeck Seng (MCA)
  166. Labuan: Rozman Isli (WARISAN)
  167. Kudat: Abd Rahim Bakri (BERSATU)
  168. Kota Marudu: Maximus Johnity Ongkili (PBS)
  169. Kota Belud: Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN)
  170. Tuaran: Wilfred Madius Tangau (UPKO)
  171. Sepanggar: Mohd Azis Jamman (WARISAN)
  172. Kota Kinabalu: Chan Foong Hin (DAP)
  173. Putatan: Awang Husaini Sahari (PKR)
  174. Penampang: Ignatius Dorell Leiking (WARISAN)★
  175. Papar: Ahmad Hassan (WARISAN)
  176. Kimanis: Mohamad Alamin (UMNO)
  177. Beaufort: Azizah Mohd Dun (BERSATU)
  178. Sipitang: Yamani Hafez Musa (BERSATU)
  179. Ranau: Jonathan Yasin (BERSATU)
  180. Keningau: Jeffrey Kitingan (STAR)★
  181. Tenom: Noorita Sual (DAP)
  182. Pensiangan: Arthur Joseph Kurup (PBRS)
  183. Beluran: Ronald Kiandee (BERSATU)
  184. Libaran: Zakaria Mohd Edris (BERSATU)
  185. Batu Sapi: Kosong
  186. Sandakan: Vivian Wong Shir Yee (DAP)
  187. Kinabatangan: Bung Moktar Radin (UMNO)★
  188. Lahad Datu: Mohamaddin Ketapi (PBM)★
  189. Semporna: Mohd Shafie Apdal (WARISAN)★
  190. Tawau: Christina Liew Chin Jin (PKR)★
  191. Kalabakan: Ma'mun Sulaiman (WARISAN)
  192. Mas Gading: Mordi Bimol (DAP)
  193. Santubong: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
  194. Petra Jaya: Fadillah Yusof (PBB)
  195. Bandar Kuching: Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
  196. Stampin: Chong Chieng Jen (DAP)★
  197. Kota Samarahan: Rubiah Wang (PBB)
  198. Puncak Borneo: Willie Mongin (PBB)
  199. Serian: Richard Riot Jaem (SUPP)
  200. Batang Sadong: Nancy Shukri (PBB)
  201. Batang Lupar: Rohani Abdul Karim (PBB)
  202. Sri Aman: Masir Kujat (BEBAS)
  203. Lubok Antu: Jugah Muyang (BEBAS)
  204. Betong: Robert Lawson Chuat (PBB)
  205. Saratok: Ali Biju (BERSATU)
  206. Tanjong Manis: Yusuf Abd Wahab (PBB)
  207. Igan: Ahmad Johnie Zawawi (PBB)
  208. Sarikei: Wong Ling Biu (DAP)
  209. Julau: Larry Sng Wei Shien (PBM)
  210. Kanowit: Aaron Ago Dagang (PRS)
  211. Lanang: Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
  212. Sibu: Oscar Ling Chai Yew (DAP)
  213. Mukah: Hanifah Hajar Abdul Taib (PBB)
  214. Selangau: Baru Bian (PSB)★
  215. Kapit: Alexander Nanta Linggi (PBB)
  216. Hulu Rajang: Wilson Ugak Kumbong (PRS)
  217. Bintulu: Tiong King Sing (PDP)★
  218. Sibuti: Lukanisman Awang Sauni (PBB)
  219. Miri: Michael Teo Yu Keng (PKR)
  220. Baram: Anyi Ngau (PDP)
  221. Limbang: Hasbi Habibollah (PBB)
  222. Lawas: Henry Sum Agong (PBB)

★Mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri


Kerajaan: (116) Barisan Nasional (41) Perikatan Nasional (39) Gabungan Parti Sarawak (19) Gabungan Rakyat Sabah (8) Parti Bangsa Malaysia (6) Bebas (3)
Pembangkang: (103) Pakatan Harapan (90) Parti Warisan (7) Parti Pejuang Tanah Air (4) Parti Sarawak Bersatu (1) Ikatan Demokratik Malaysia (1)
Berkecuali: (1) Barisan Nasional (1)
Kosong: (1) Kosong (2)

Keanggotaan terdahulu: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13