Naqsh-e Rostam

Naqsh-e Rostam is located in Bumi
Naqsh-e Rostam
Naqsh-e Rostam (Bumi)
LokasiMarvdasht, Provinsi FarsWilayahIranKoordinat29°59′20″N 52°52′29″E / 29.98889°N 52.87472°E / 29.98889; 52.87472Koordinat: 29°59′20″N 52°52′29″E / 29.98889°N 52.87472°E / 29.98889; 52.87472JenisNekropolisSejarahZamanAchaemenid, SassanidBudayaBudaya ParsiPengurusanPertubuhan Warisan Budaya, Pelancongan dan Kraftangan IranSenibinaJenis senibinaParsi

Naqsh-e Rostam (Parsi: نقش رستمcode: fa is deprecated ) adalah suatu tapak makam (atau "nekropolis") kuno terletak kira-kira 12 km barat laut dari Persepolis, Provinsi Fars, Iran; ia terletak beberapa ratus meter sahaja dari Naqsh-e Rajab. Tapak ini menampilkan sekumpulan ukiran timbul yang dipahat dari permukaan suatu tebing pada zaman-zaman Akhaemen dan Sasan. Tapak ini mendapat namanya daripada ukiran tertua di sana bertarikh sekitar 1000 SM samar-samar menggambarkan seorang lelaki berhias kepala aneh Elam[1] yang dipercayai merupakan Rostam, pahlawan hebat diceritakan dalam Shahnameh.

Makam-makam yang ada di tapak ini memaparkan hiasan besar di gerbang-gerbang pintu dengan motif ukiran yang menyanjung raja-raja mangkat ini sebagai dewa diapit askar dan pegawai mengusung ufti. Pintu masuk ke setiap kubur berada di tengah-tengah setiap palang yang membuka kepada suatu ruang kecil terletaknya sarkofagus yang memakamkan raja. [2]

Ciri umum

Panorama of Naqsh-e Rostam


Terdapat empat makam yang dapat dikenal pasti secara jelasnya setiau satu diiringi suatu prasasti yang menandakan tempat pemakaman bertulis parsa parsahya puthra ariya ariyachitra yang bermaksud "seorang Parsi, anak seorang Parsi, seorang dari keluarga Arya".[3] Raja-raja yang dimakamkan ini disusun dari posisi pemerhati kiri ke kanan adalah:

  • Darayavusy/Darius II (s. 423-404 SM)
  • Artakhsyer/Artaxerxes I (s. 465-424 SM)
  • Darayavush/Darius I (s. 522-486 SM)
  • Khasyaya-rasyā/Xerxes I (s. 486-465 SM).

Rujukan

  1. ^ [1] Morteza KHANIPOOR et al, The reliefs of Naqš-e Rostam and a reflection on a forgotten relief, Iran, Historia i Świat, iss. 6, pp. 55-68, 2017
  2. ^ Cotterell, 162; Canepa, 57–59, 65–68
  3. ^ "I am Darius".

Pautan luar

  • Ernst Herzfeld Papers, Series 5: Drawings and Maps, Records of Naqsh-i Rustam Diarkibkan 2012-02-27 di Wayback Machine Collections Search Center, S.I.R.I.S., Smithsonian Institution, Washington, D.C.
  • Hubertus von Gall "NAQŠ-E ROSTAM" in Encyclopædia Iranica [2]
  • Lendering, Jona (2009). "Naqsh-i Rustam". Amsterdam: Livius. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2020-10-26.
  • Unknown (2005). "Naghsh-e-Rostam".
  • "Sasanian Rock Reliefs". Encyclopedia Iranica. Costa Mesa: Mazda. 2003.