Miyazaki, Miyazaki

Miyazaki
宮崎市
Jalan Tachibana di Miyazaki
Jalan Tachibana di Miyazaki
Bendera Miyazaki
Bendera
Mohor rasmi Miyazaki
Mohor
Kedudukan Miyazaki di wilayah Miyazaki
Kedudukan Miyazaki di wilayah Miyazaki
NegaraJepun
KawasanKyushu
WilayahMiyazaki
Pentadbiran
 • Datuk BandarTadashi Tojiki
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
Laman sesawangBandar Miyazaki

Miyazaki (宮崎市, Miyazaki-shi) merupakan ibu kota bagi wilayah Miyazaki di Jepun.

Geografi

Bandar Miyazaki terletak di kawasan selatan wilayah Miyazaki dan bersebelahan dengan Laut Hyūga di timur. Sungai-sungai yang mengalir melalui Miyazaki termasuklah Sungai Ōyodo, Hitotsuse, Kiyotake dan Kaeda. Selain itu, bandar ini turut menempatkan Gunung Boroishi dan sebahagian Gunung Wanitsuka.

Perbandaran-perbandaran jiran

  • Kobayashi
  • Nichinan
  • Saito
  • Aya
  • Kunitomi
  • Mimata
  • Shintomi

Iklim

Data iklim untuk bandar Miyazaki
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 25.1
(77.2)
25.4
(77.7)
28.1
(82.6)
31.7
(89.1)
34.3
(93.7)
36.2
(97.2)
37.7
(99.9)
38.0
(100.4)
36.9
(98.4)
32.7
(90.9)
30.3
(86.5)
25.0
(77.0)
38.0
(100.4)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 12.7
(54.9)
13.8
(56.8)
16.7
(62.1)
20.7
(69.3)
24.1
(75.4)
26.8
(80.2)
31.4
(88.5)
31.0
(87.8)
28.1
(82.6)
24.3
(75.7)
19.5
(67.1)
15.1
(59.2)
22.0
(71.6)
Purata suhu harian, °C (°F) 7.5
(45.5)
8.6
(47.5)
11.9
(53.4)
16.1
(61.0)
19.9
(67.8)
23.1
(73.6)
27.3
(81.1)
27.2
(81.0)
24.4
(75.9)
19.4
(66.9)
14.3
(57.7)
9.6
(49.3)
17.4
(63.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 2.6
(36.7)
3.4
(38.1)
7.2
(45.0)
11.5
(52.7)
15.9
(60.6)
19.7
(67.5)
23.9
(75.0)
24.1
(75.4)
21.1
(70.0)
15.1
(59.2)
9.6
(49.3)
4.7
(40.5)
13.2
(55.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −7.5
(18.5)
−6.6
(20.1)
−4.1
(24.6)
−1.5
(29.3)
3.1
(37.6)
9.2
(48.6)
16.0
(60.8)
16.4
(61.5)
9.7
(49.5)
2.6
(36.7)
−2.7
(27.1)
−7.2
(19.0)
−7.5
(18.5)
Purata curahan hujan, mm (inci) 63.8
(2.51)
90.8
(3.57)
182.1
(7.17)
212.5
(8.37)
239.3
(9.42)
429.2
(16.90)
309.4
(12.18)
290.2
(11.43)
354.6
(13.96)
181.8
(7.16)
95.0
(3.74)
60.0
(2.36)
2,508.7
(98.77)
Purata bilangan hari hujan (≥ 0.5 mm) 6.7 7.6 12.3 11.9 11.8 16.3 12.7 13.7 13.1 8.9 7.1 5.6 127.7
Purata kelembapan relatif (%) 65 66 69 70 73 82 76 79 80 75 73 70 73
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 182.8 167.3 175.8 179.0 173.3 133.6 205.5 208.6 155.5 176.9 168.1 189.6 2,116
Sumber 1: Agensi Meteorologi Jepun[1]
Sumber 2: Agensi Meteorologi Jepun [2]

Sejarah

Miyazaki, Miyazaki
Japanese name
Kanji宮崎code: ja is deprecated
Hiraganaみやざきcode: ja is deprecated
Katakanaミヤザキcode: ja is deprecated
Transkripsi
RomanizationMiyazaki

Bandar Miyazaki ditubuhkan pada 1 April 1924 melalui penggabungan tiga buah perbandaran, pekan Miyazaki dan Oyodo serta kampung Omiya. Bandar ini dinaik taraf menjadi bandar utama pada 1 April 1998.[3]

Penggabungan

Pada 1 Januari 2006, pekan-pekan Sadowara dan Tano dari daerah Miyazaki serta pekan Takaoka dari daerah Higashimorokata diserapkan terhadap Miyazaki.

Pada 23 Mac 2010, pekan Kiyotake telah diserapkan terhadap perbandaran Miyazaki. Daerah Miyazaki dibubarkan berikutan penggabungan ini.[3]

Pendidikan

Universiti Miyazaki.

Bandar Miyazaki merupakan tempat bagi Universiti Miyazaki, salah satu universiti kebangsaan Jepun. Selain itu, Miyazaki turut memiliki beberapa institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Bandar ini memiliki empat buah sekolah vokasional, 18 buah sekolah tinggi, 33 buah sekolah menengah dan 48 buah sekolah rendah. Bandar ini juga menempatkan beberapa buah sekolah pendidikan khas.

Pengangkutan

Miyazaki menempatkan sebuah lapangan terbang, yaitu Lapangan Terbang Miyazaki. Selain itu, bandar ini juga menepatkan Pelabuhan Miyazaki yang memiliki servis feri kereta di bawah syarikat Feri Kereta Miyazaki (Miyazaki Car Ferry) ke Kobe.

Kereta api

Stesen utama Miyazaki ialah Stesen Miyazaki.

  • JR Kyushu
    • Laluan Utama Nippo
    • Laluan Miyazaki Kuko
    • Laluan Nichinan

Lebuh raya

Bandar Miyazaki dihubungkan dengan Lebuh Raya Miyazaki dan Lebuh Raya Higashikyushu.

Tempat tarikan

Menara Hakkō Ichiu.

Taman Heiwadai (平和台公園, Heiwadai Kōen) menempatkan menara Hakkō Ichiu (八紘一宇の塔, Hakkō Ichiu-no-tō), sebuah menara yang dibina oleh rejim Showa sebagai melambangkan semangat Empayar Jepun untuk menyatukan dunia di bawah Jepun ketika Perang Dunia Kedua pada 1940.[4] Berdekatan taman ini ialah Miyazaki-jingū, sebuah tokong yang didedikasikan untuk Maharaja Jimmu.

Sebagai perbandaran di pesisir laut, Miyazaki memiliki kawasan pesisir pantai seperti pantai Kisakihama, Aoshima and Shirahama yang sering menjadi pusat tumpuan sukan meluncur. Perbandaran Miyazaki turut memiliki Pulau Ao (Aoshima) yang terletak di selatan bandar Miyazaki.

Bandar kembar

Bandar Miyazaki menjalinkan hubungan bandar kembar dengan perbandaran-perbandaran berikut:[5]

Dalam Jepun

Antarabangsa

Rujukan

  1. ^ "平年値(年・月ごとの値". Dicapai pada 22 Januari 2012.
  2. ^ "観測史上1~10位の値". Dicapai pada 22 Januari 2012.
  3. ^ a b "The History of Miyazaki City". Laman rasmi bandar Miyazaki (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2014. Dicapai pada 1 November 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "ひとり旅 [253] 九州縦断2200Kmの車旅【29】 <平和台公園?八紘一宇>宮崎県宮崎市". 4travel.jp (dalam bahasa Jepun). Mac 2008. Dicapai pada 2 November 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "国内・国際交流". Laman rasmi bandar Miyazaki. Dicapai pada 1 November 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

  • Media berkenaan Miyazaki, Miyazaki di Wikimedia Commons
  • Panduan pelancongan Miyazaki, Miyazaki dari Wikivoyage
  • Laman rasmi bandar Miyazaki (Jepun)
  • l
  • b
  • s
Miyazaki (ibu negara)
Bandar utama
  • Miyazaki
Bandar-bandar
  • Ebino
  • Hyūga
  • Kobayashi
  • Kushima
  • Miyakonojō
  • Nichinan
  • Nobeoka
  • Saito
Pekan dan kampung
Daerah Higashimorokata
Daerah Higashiusuki
Daerah Kitamorokata
Daerah Koyu
Daerah Nishimorokata
Daerah Nishiusuki
  • l
  • b
  • s
Bandar metropolitan Jepun
Metropolis Tokyo
Bandar terancang
Bandar utama
Bandar istimewa
  • Atsugi
  • Chigasaki
  • Fuji
  • Hiratsuka
  • Ibaraki
  • Ichinomiya
  • Isesaki
  • Jōetsu
  • Kakogawa
  • Kasugai
  • Kasukabe
  • Kishiwada
  • Kumagaya
  • Matsumoto
  • Nagaoka
  • Numazu
  • Odawara
  • Ōta
  • Saga
  • Sōka
  • Takarazuka
  • Tokorozawa
  • Tsukuba
  • Yamato
  • Yokkaichi
Ibu wilayah
(tidak termasuk diatas)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek
  • MusicBrainz (kawasan)

Koordinat: 31°55′N 131°25′E / 31.917°N 131.417°E / 31.917; 131.417