Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Peristiwa berulang, pertubuhan antarabangsa |
Keanggotaan | 56 negara |
Tapak web | thecommonwealth |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1971 |
Gabungan | Negara-Negara Komanwel |
sunting · sunting di Wikidata |
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (bahasa Inggeris: Commonwealth Heads of Government Meetingcode: en is deprecated , disingkatkan kepada CHOGM) adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Setiap dua tahun, mesyuarat ini akan dikendalikan oleh negara ahli yang berbeza, biasanya dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Presiden. Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut. Sejak 1944 hingga 1971, mesyuarat ini yang dikenali sebagai Persidangan Perdana Menteri Komanwel diadakan di London. kecuali pada 1966 mesyuarat ini telah diadakan di Lagos. CHOGM yang pertama diadakan pada 1971.
Terdahulu, mesyuarat CHOGM membincangkan perkara-perkara dasar berkaitan isu semasa atau yang sedang berlangsung yang melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM membincangkan isu dasar aparteid diAfrika Selatan dan bagaimana memberhentikannya. Rampasan kuasa di Pakistan dan Fiji. Isu kepincangan pilihan raya di Zimbabwe. Selalunya negara ahli bersepakat dalam beberapa idea dan usul dan mengeluarkan deklarasi bersama seperti Deklarasi Langkawi.
Sejarah
Tahun | Tarikh | Negara | Kota | Tempat singgahan | Pengerusi |
---|---|---|---|---|---|
1971 | 14–22 Januari | Singapura | Singapura | Tiada | Lee Kuan Yew |
1973 | 2–10 Ogos | Kanada | Ottawa | Mont-Tremblant | Pierre Trudeau |
1975 | 29 April – 6 Mei | Jamaica | Kingston | Tiada | Michael Manley |
1977 | 8–15 Jun | United Kingdom | London | Hotel Gleneagles | James Callaghan |
1979 | 1–7 Ogos | Zambia | Lusaka | Lusaka | Kenneth Kaunda |
1981 | 30 September – 7 October | Australia | Melbourne | Canberra | Malcolm Fraser |
1983 | 23–29 November | India | New Delhi | Goa | Indira Gandhi |
1985 | 16–22 Oktober | Bahamas | Nassau | Lyford Cay | Lynden Pindling |
1986 | 3–5 Ogos | United Kingdom | London | Tiada | Margaret Thatcher |
1987 | 13–17 Oktober | Kanada | Vancouver | Okanagan | Brian Mulroney |
1989 | 18–24 Oktober | Malaysia | Kuala Lumpur | Langkawi | Mahathir bin Mohamad |
1991 | 16–21 October | Zimbabwe | Harare | Victoria Falls | Robert Mugabe |
1993 | 21–25 October | Cyprus | Limassol | Tiada | Glafcos Clerides |
1995 | 10–13 November | New Zealand | Auckland | Millbrook | Jim Bolger |
1997 | 24–27 October | United Kingdom | Edinburgh | St Andrews | Tony Blair |
1999 | 12–14 November | Afrika Selatan | Durban | George | Thabo Mbeki |
2002 | 2–5 March | Australia | Coolum | Tiada | John Howard |
2003 | 5–8 December | Nigeria | Abuja | Aso Rock | Olusegun Obasanjo |
2005 | 25–27 November | Malta | Valletta | Mellieħa | Lawrence Gonzi |
2007 | 23–25 November | Uganda | Kampala | Munyonyo | Yoweri Museveni |
2009 | 27–29 November | Trinidad dan Tobago | Port of Spain | Laventille Heights | Patrick Manning |
2011 | 28–30 October | Australia | Perth | Kings Park | Julia Gillard |
2013 | 15–17 November | Sri Lanka | Colombo | Sri Jayawardenepura Kotte | Mahinda Rajapaksa |
2015 | 27–29 November | Malta | Valletta; Mellieħa | Fort St Angelo | Joseph Muscat |
2018 | 19–20 April | United Kingdom | London | Istana Windsor | Theresa May |
2020 | Akan diumumkan. | Rwanda | Akan diumumkan | Akan diumumkan | Akan diumumkan |
2022 | Akan diumumkan. | Samoa | Akan diumumkan | Akan diumumkan | Akan diumumkan |
Kemalangan dan tindakan
- 1978 - Letupan di luar tempat persidangan CHOGM di Sydney, Australia. Ia dikenali sebagai Pengeboman Hilton Sydney.
- 2001 - CHOGM yang diadakan di Brisbane, Australia dari 6-9 Oktober 2001 dibatalkan atas alasan keselamatan selepas peristiwa 9/11. Mesyuarat ditunda pada Mac 2002 di resort Coolum, Queensland.
- 2003 - Amnesty International menekan CHOGM agar membincangkan isu hak asasi manusia di Nigeria dan Zimbabwe.