Luluhawa angkasa

Ilustrasi komponen-komponen berbeza dalam luluhawa angkasa

Luluhawa angkasa (لولوهاوا اڠکاس) merupakan istilah umum yang digunakan untuk beberapa proses yang bertindak ke atas mana-mana jasad yang terdedah kepada persekitaran angkasa. Jasad hampaudara seperti Bulan, planet Utarid dan asteroid mengalami pelbagai proses luluhawa seperti:

  • perlanggaran sinar kosmik galaksi dan sinar kosmik suria
  • penyinaran, penempelan dan percikan daripada zarah-zarah angin suria
  • hentaman oleh meteorit dan mikrometeorit yang pelbagai saiz

Luluhawa angkasa adalah penting kerana proses ini memberi kesan kepada ciri fizikal dan optik permukaan jasad sesebuah planet. Oleh itu, adalah penting untuk memahami kesan tersebut bagi mentafsir data yang dikesan secara jauh dengan betul.

Rujukan

  • Linda Martel (5 Julai 2004). "New Mineral Proves an Old Idea about Space Weathering". Penemuan Penyelidikan Sains Planet.
Portal:
  •  Astronomi
  • l
  • b
  • s