Lubok Antu

Lubok Antu
Daerah Sarawak
Bendera Lubok Antu
Bendera
Mohor rasmi Lubok Antu
Mohor
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Sri Aman
DaerahLubok Antu
Pentadbiran
 • PentadbiranMajlis Daerah Lubok Antu
 • PengerusiEncik Jack Aman Luat
Keluasan
 • Jumlah3,142.55 km2 (1,213.35 batu persegi)
Penduduk
 (2010[1])
 • Jumlah27,363
 • Kepadatan8.7/km2 (23/batu persegi)
Poskod
95900
Awalan Kod Panggilan Antarabangsa+6083 (Talian tetap)
Laman sesawangMajlis Daerah Lubok Antu http://www.lubokantudc.sarawak.gov.my/


Lubok Antu ialah sebuah daerah di Bahagian Sri Aman, di Sarawak, Malaysia. Ia berbatasan dengan Badau, di Kalimantan Barat, Indonesia. Sebilangan besar penduduknya merupakan kaum Iban. Aktiviti ekonomi utama di daerah ini adalah aktiviti pertanian.

Etimologi

Nama Lubok Antu dikatakan berasal daripada peristiwa peperangan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Iban pada suatu masa dahulu. Peperangan yang berlaku menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan mayat-mayat yang terkorban dihanyutkan arus deras dari hulu Sungai Batang Ai ke suatu lubuk di hilir sungai. Tiada siapa yang berani menguruskan mayat-mayat yang telah tersadai di lubuk tersebut. Lubuk di mana mayat tersadai itu pula mula dianggap berpuaka oleh penduduk tempatan, maka lahirlah nama Lubok (lubuk) Antu (hantu/puaka).[2]

Terdapat juga cerita legenda masyarakat setempat mengenai asal-usul nama Lubok Antu. Menurut legenda tersebut, suatu ketika dahulu ada dua orang adik-beradik bernama Chiri dan Jampi. Suatu hari, mereka pergi ngamboh parang (Nempek parang). Sekembalinya daripada ngamboh, mereka telah terserempak dengan Bunga Nuing iaitu Orang Panggau atau Orang Kayangan. Mereka dicabar oleh Bunga Nuing untuk beradu ketajaman parang. Dalam peraduan itu Bunga Nuing telah mansap (menetak) batu yang terdapat di tepi sebuah lubuk. Bunga Nuing yang menetak batu tersebut bukanlah golongan manusia biasa dan masyarakat tempatan pada masa itu pun beranggapan bahawa lubuk tersebut ada berpuaka atau berhantu. Semenjak itu, daerah ini secara keseluruhan telah dikenali sebagai Lubok Antu.[3] Batu yang ditetak oleh Bunga Nuing masih ada sehingga sekarang.[perlu rujukan]

Sejarah

Lubok Antu telah wujud seawal era penjajahan sekitar awal tahun 1800-an. Menurut orang-orang tua, 2-3 buah kedai pertama yang didirikan dahulu terletak berdekatan dengan Klinik Kesihatan Lubok Antu sekarang. Lokasinya kira-kira 20 meter dari tebing Sungai Batang Ai. Kedai-kedai tersebut memenuhi keperluan penduduk yangnya yang terdiri daripada komuniti Cina, Melayu dan Iban yang kebanyakannya tinggal di sepanjang sungai Batang Ai, Sungai Engkari dan Sungai Lemanak.[4] Pada masa kini, kedai-kedai tersebut telah dipindahkan ke lokasi lain.

Sekitar tahun 80-an, program penempatan semula penduduk dijalankan di Lubok Antu bagi memberi ruang kepada pembangunan empangan hidroelektrik pertama Sarawak.[perlu rujukan]

Demografi

Etnik dan Agama

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik di Daerah Lubok Antu, Malaysia, 2010.[1]

Etnik Jumlah
Melayu 806
Iban 24,164
Bidayuh 146
Melanau 31
Bumiputera Lain 155
Cina 1637
India 55
Lain-Lain 58
Bukan Warganegara 311
JUMLAH 27,363

92% daripada jumlah penduduk di sini beragama Kristian, 6% beragama Buddha/Taoisme dan selebihnya beragama Islam. 95% daripada penduduk Iban di sini menganut agama Kristian Anglican manakala sebilangan kecil daripada mereka menganut kepercayaan campuran.[4]

Masyarakat Iban tempatan di kawasan ini menyambut perayaan Gawai Dayak dan juga Hari Krismas. Upacara tradisi seperti Gawai Kelingkang, Gawai Kenyalang, Sandau Ari dan upacara miring yang merupakan lambang budaya Iban masih diamalkan walaupun di sesetengah kawasan upacara tersebut digantikan dengan bacaan doa para penganut Kristian.[4]

Bahasa

Bahasa Iban merupakan bahasa pertuturan atau lingua franca di daerah ini.[4]

Pentadbiran

Daerah Lubok Antu dibahagikan dan diuruskan oleh Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA). Antara daerah kecil di bawah pentadbiran MDLA ialah:

  • Daerah Kecil Engkilili

Ekonomi

Kebanyakan masyarakat Iban di sini mengamalkan sistem pertanian pindah bagi tanaman padi. Aktiviti lain termasuklah menoreh getah dan menanam kelapa sawit. Aktiviti perniagaan kecil-kecilan dalam menghasilkan produk tempatan seperti ikan tilapia merah yang sangat popular, ikan tengadak dan hasil tani tempatan juga dijalankan.[4]

Pertanian

Pertanian merupakan aktiviti turun-temurun penduduk di Lubok Antu. Dahulu aktiviti pertanian dijalankan secara tradisional, tetapi kini aktiviti pertanian komersial turut dijalankan seiring perkembangan teknologi. Antara aktiviti pertanian yang dijalankan penduduk termasuklah penanaman padi bukit dan paya, getah, kelapa sawit, lada, koko dan sebagainya. Badan-badan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, RISDA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia dan banyak lagi memberi bantuan dari segi pemberian khidmat nasihat kepada penduduk tempatan yang terlibat dengan aktiviti pertanian.[5]

Perikanan

Lubok Antu merupakan kawasan yang sangat seusai bagi aktiviti penternakan ikan dalam sangkar di Sarawak. Sangkar-sangkar tersebut dibina di tasik yang terletak di Empangan Hidroelektrik Batang Ai. Kerja-kerja penternakan dikendalikan oleh para penduduk yang menganggotai Persatuan Peladang Lubok Antu. Antara ikan yang diternak ialah tilapia, patin, baung dan belida. Saiz sangkar yang digunakan berukuran kira-kira 10 meter persegi. Terdapat lebih 20 buah sangkar ikan yang telah dibina setakat ini tasik tersebut. Ikan-ikan akan dijual setelah diternak dalam tempoh 4 bulan pada harga RM8.00 sekilogram mengikut jenis ikan. Ikan yang sudah dibersihkan akan mendapat permintaan yang tinggi berbanding ikan segar. Jualan ikan akan dilakukan sekali dalam tempoh dua minggu kepada pemborong yang memasarkannya ke Bandaraya Kuching.[5]

Penternakan

Penternakan merupakan aktiviti sampingan yang dilakukan oleh penduduk Lubok Antu selain daripada aktiviti pertanian dan perniagaan. Antara haiwan ternakan ialah ayam, itik, khinzir dan ikan dalam sangkar atau dalam tong. Sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk setempat, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Sarawak telah diamanahkan untuk membantu penduduk tempatan dengan menyalurkan bantuan seperti projek 1Azam kepada penerima-penerima terpilih.[5]

Keusahawanan

Terdapat empat buah kedai runcit yang dimiliki oleh penduduk bumiputera dan manakala 94 buah lagi diusahakan oleh kaum Cina. Ini menunjukkan tiada halangan bagi mana-mana kaum untuk turut sama bersaing secara sihat dalam bidang perniagaan. Di samping itu, terdapat kilang kelapa sawit di bawah pengurusan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan ini.[5]

Kemudahan Awam Lain

Mahkamah Undang-Undang dan Penguatkuasaan Undang-Undang

  • Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu

Penjagaan Kesihatan

  • Klinik Kesihatan Lubok Antu

Lain-Lain

  • Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu

Pendidikan

Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atas swasta (IPTS) di Daerah Lubok Antu setakat ini. Antara institusi persekolahan menengah, rendah dan pendidikan awal yang ada di daerah ini ialah :

Tarikan

Antara tarikan yang boleh dilawati di daerah Lubok Antu ialah:

  • Aiman Batang Ai Resort Lubok Antu
  • Taman Negara Batang Ai
  • Wong Merah Lubok Antu
  • Lubok Kasai Nanga Sumpa
  • Menyang Tais Lubok Antu
  • Pangkalan Hidro Batang Ai

Rujukan

  1. ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010
  2. ^ "Lubuk yang jadi nama pekan Lubok Antu terbiar". 27 April 2014. Dicapai pada 15 Sep 2016.
  3. ^ "Lubuk Antu.. Bersama Sahabatku Orang Iban." 14 April 2012. Dicapai pada 15 Sep 2016.
  4. ^ a b c d e "Background Of Lubok Antu Township". 15 Mac 2012. Dicapai pada 15 Sep 2016.
  5. ^ a b c d "Sosioekonomi Dan Keusahawanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-25. Dicapai pada 15 Sep 2016.

Pautan luar

  • Majlis Daerah Lubok Antu Diarkibkan 2010-06-20 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Bendera Sarawak Sarawak Bumi Kenyalang Lambang Sarawak
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian
pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah kecil
Bahagian
perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •


Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Ikon tunas

Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s