Les Iris

Les Iris
Judul asli, Bahasa Perancis,: Les Iris
PelukisVincent van Gogh
Tahun1889
JenisMinyak pada kanvas
Dimensi71 sm × 93 sm (28 in × ​36 58 in)
LokasiMuzium J. Paul Getty, Los Angeles, California

Les Iris ("Bunga-bunga Iris" - tajuk bahasa Inggeris: Irisescode: en is deprecated ) ialah satu daripada beberapa lukisan dan cetakan pohon Iris oleh pelukis berbangsa Belanda, Vincent van Gogh. Iris dihasilkan semasa Vincent van Gogh tinggal di sebuah hospital sakit otak, Saint Paul-de-Mausole di Saint-Rémy-de-Provence, Perancis, dalam tahun terakhir sebelum kematiannya dalam tahun 1890.

Lukisan ini dihasilkan sebelum serangan penyakit beliau yang pertama di hospital tersebut. Tidak kelihatan ketegangan kuat yang dapat dilihat dalam karya-karyanya terkemudian. Beliau menggelar lukisan ini sebagai "pengalir liat buat penyakitku"[nota 1] oleh sebab belaiau berasa yang beliau dapat mencegah dirinya daripada menjadi tidak siuman dengan terus melukis.

Lukisan ini dipengaruhi cetakan blok kayu ukiyo-e Jepun, sama seperti karya-karya beliau dan juga pelukis-pelukis lain zaman itu. Kesamaan dapat dilihat dengan garis bentuk yang kuat, sudut-sudut luar biasa termasuk pandangan dekat, dan juga warna lokal yang agak kusam (akni, tidak dimodelkan mengikut kesan cahaya).

Van Gogh menganggap lukisan ini sebagai sebuah kajian dan oleh sebab ini berkemungkinan menjelaskan mengapa tiada terdapat lakaran lukisan,[1] walaupaun saudara lelaki van Gogh, Theo, berpendapat lukisan ini lebih daripada itu dan segera memasukkannya dalam pameran tahunan Société des Artistes Indépendants ("harfiah, Pertubuhan Pelukis Bebas") dalam bulan 1889, bersama-sama dengan Starry Night Over the Rhone ("Malam Berbintang di Rhone"). Theo menulis kepada Vincent tentang pameran tersebut: Ia menangkap mata dari jauh. Iris sebuah kajian yang cantik, penuh dengan suasana dan kelihatan hidup."[nota 2]

Nota

  1. ^ Asal, "the lightning conductor for my illness"
  2. ^ Asal, "[It] strikes the eye from afar. The Irises are a beautiful study full of air and life."

Rujukan

  1. ^ "Irises" J. Paul Getty Museum. Retrieved June 5, 2011
  • l
  • b
  • s
Vincent van Gogh
Umum
Biografi · Kronologi · Kesihatan · Selepas mati · Gambaran kebudayaan · Senarai karya · Selepas Impresionisme ·
Keluarga
Theo van Gogh · Wil van Gogh · Johanna van Gogh-Bonger · Andries Bonger · Theo van Gogh (pengarah filem) · Anton Mauve
Kawan
Anthon van Rappard · Paul Gachet · Paul Gauguin · Émile Bernard · John Peter Russell · Eugène Boch · Anna Boch
Kelompok karya
Japonaiserie  · Citra sendiri · Potret · Flowering Orchards · Décoration untuk Rumah Kuning · Keluarga Roulin · Champ de blé avec cyprès · Salinan selepas Millet, dan yang lain · Pameran di Les XX, 1890 · Kanvas saiz 30 Auvers · Auvers Double-squares dan Squares
Seni lukisan
The Potato Eaters · Tournesols · The Night Café · The Yellow House · Cafe Terrace at Night · Nuit étoilée sur le Rhône · The Bedroom · L'Arlésienne · The Red Vineyard · Les Arènes · View of Arles, Flowering Orchards · Ivy · De sterrennacht · At Eternity's Gate · Les Iris · Potret Dr. Gachet · The Church at Auvers · Wheatfield with Crows · Daubigny's Garden · Thatched Cottages by a Hill · White House at Night · Zonsondergang bij Montmajour
Karya lain
Lukisan dan warna air · Cetakan
Kutipan awam
Muzium Van Gogh · Muzium Kröller-Müller · Musée d'Orsay
Penggambaran
Lust for Life (novel)/(filem)  · Van Gogh (filem 1991) · Van Gogh (filem 1948) · Vincent & Theo · Loving Vincent
Wikimedia
 van Gogh at Wiktionary ·  van Gogh at Wikibooks ·  van Gogh at Wikiquote ·  van Gogh at Wikisource ·  van Gogh at Commons ·  van Gogh at Wikinews