Kauntertenor

Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Kauntertenor merujuk kepada penyanyi lelaki dewasa yang menyanyi dalam lingkungan suara alto, mezzo-soprano atau soprano, kebiasaannya melalui penggunaan falseto (teknik pemalsuan suara), atau juga melalui suara naluri (head register). Istilah “kauntertenor” digunakan khas untuk konteks vokal tradisi muzik klasikal. Suara ini melalui perubahan dan populariti yang besar pada separuh awal kurun ke-20, melalui seorang penyanyi berbangsa Inggeris, Alfred Deller, yang memperkenalkan suara ini dalam opera era barok untuk menggantikan penyanyi kastrato. Sebelum itu, peranan-peranan tersebut dinyanyikan oleh penyanyi kastrato, namun kerana sukar untuk mencari penyanyi kastrato pada kurun ke-20, kauntertenor mula digunakan sebagai pengganti.

Walaupun penyanyi kauntertenor telah lama dianggap sebagai penyanyi yang disanjungi, namun, kauntertenor-kauntertenor moden dikata lebih cemerlang dalam opera dengan repertoir yang lebih besar.

Sejarah

Pada lewat zaman pertengahan dan zaman pembaharuan, istilah kontratenor digunakan untuk bahagian suara dalam kaunterpoin melodi berlawanan dengan nyanyian penyanyi tenor. Nota muzik lingkungannya adalah hampir sama dengan lingkungan penyanyi tenor.

Pada kurun ke-15, kontratenor berpecah kepada dua iaitu kontratenor altus dan kontratenor bassus (bahasa Latin), yang mana altus adalah lingkungan atas tenor dan basus di bawah. Walau bagaimanapun, pada kurun ke-16, istilah ini menjadi lapuk kerana seni Latin hilang popularitinya. Di Itali, "contratenor altus" bertukar menjadi alto; di Perancis dipanggil haute-contre, di England menjadi kauntertenor. Istilah ini hanyalah bertukar panggilan namanya sahaja, namun penggunaan suara ini adalah tetap sama dari era Barok lagi; iaitu seorang yang boleh menyanyikan bahagian alto atau soprano dan bukan bahagian penyanyi tenor.

Suara kauntertenor

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
Soprano
Alto
Tenor
Bes

Setiap suara penyanyi lelaki memiliki daftar "falseto". Dalam daftar tingkat ini, kord vokal beralih dengan membesarkan keseluruhan lingkungan suara penyanyi tersebut untuk menghasilkan bunyi "falseto". Lingkungan suara ini kebiasaannya berada di penghujung kord vokal. Penyanyi tenor menggunakan kombinasi teknik falseto dan suara dada ketika menyanyi, manakala penyanyi bariton dan bes hanya berbuat demikian untuk nyanyian muzik moden sahaja.

Walaupun begitu, penyanyi kauntertenor kebiasaannya adalah penyanyi yang mana "vokal tengah" mereka terletak dalam lingkungan falseto. Kauntertenor yang belajar untuk meluaskan suara dada mereka untuk mendapat falseto yang lebih jelas dikenali sebagai falsettis.

Kategori suara (fächer) kauntertenor

  • Sopranis dan kauntertenor adalah suara nyanyian lelaki tertinggi yang biasanya menyanyikan peranan yang ditulis untuk kastrato untuk opera pada era barok. Mereka kerap (terutamanya kauntertenor) menyanyikan dalam lingkungan tersebut melalui penggunaan falseto, namun kebanyakan sopranis mampu menyanyikan nada setinggi itu tanpa penggunaan falseto.
  • Peranan:

Antara penyanyi kauntertenor yang pernah memainkan peranan-peranan ini termasuklah James Bowman, Michael Chance, Alfred Deller, Jochen Kowalski, Andreas Scholl, David Daniels, Brian Asawa dan Jean-Paul Fouchécourt.

Lihat juga

Portal Opera
Portal Muzik klasikal

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

(Untuk pemahaman lanjut)

  • (Inggeris) Senarai penyanyi kauntertenor
  • (Inggeris) Sopranis
  • (Inggeris) Soprano kanak-kanak lelaki
  • (Inggeris) Soprano berperanan lelaki (Breeches role / trouser role)
  • (Inggeris) Koloratura
  • (Inggeris) Tessitura
  • (Inggeris) Berat suara
  • (Inggeris) Fach atau Facher
  • (Inggeris) Muzik koral atau koir
  • (Inggeris) Bel kanto
  • (Inggeris) Spinto
  • (Inggeris) Peranan Wira
  • (Inggeris) Passaggio
  • (Inggeris) Timbre

Pautan luar

  • Contoh suara Mezzo-soprano
  • Koleksi skor domain awam university Indiana
  • Projek perpustakaan skor muzik antarabangsa
  • Koleksi skor muzik university Harvard Diarkibkan 2008-09-04 di Wayback Machine
  • Koleksi libreto dan terjemahan Diarkibkan 2006-11-14 di Wayback Machine
  • Koleksi libreto Karadar Diarkibkan 2008-12-27 di Wayback Machine
  • Koleksi libreto university Stanford
  • Libreto penggubah Verdi[pautan mati kekal]
  • Libreto penggubah Wagner
  • Pengkalan data Aria


  • l
  • b
  • s
Genre - genre opera
Opera balada • Comédie mêlée d'ariettes • Dramma giocoso • Farsa • Género chico • Opera Agung • Opéra-balet • Opera buffa • Opéra bouffe • Opéra bouffon • Opéra comique • Opéra féerie • Opera separa-seria • Opera seria • Opereta • Pastorale héroïque • Opera savoy • Separa-opera • Singspiel • Tragédie en musique • Verismo • Zarzuela
  • l
  • b
  • s
Istilah - istilah opera
Aria • Aria di sorbetto • Arioso • Bel kanto • Peranan breces • Kabaleta • Kadenza • Kastrato • Kantata • Kavatina • Koloratura • komprimario  • Coup de glotte • Da kapo aria • Diva • Fach • Falseto • Fioritura • Gesamtkunstwerk • Intermezzo • Leitmotif • Libretis • Libreto • Maestro • Melodrama • Melodramma • Messa di voce • Opera • Oratorio • Panggung opera • Passaggio • Portamento • Pop Opera • Prima donna • Resitatif • Regietheater • Répétiteur • Sitzprobe • Soubret • Spinto • Sprechgesang • Squillo • Stagione • Tesitura • Timbre