Jejaka Perasan

Jejaka Perasan
PengarahA. R. Badul
PenulisA. R. Badul
Dibintangi
  • A. R. Badul
  • Liza Abdullah
  • Salih Yaacob
Tarikh tayangan
  • 24 Julai 1986 (1986-07-24) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 314,179.45

Jejaka Perasan adalah sebuah filem komedi Malaysia yang telah ditayangkan pada 24 Julai 1986. Filem ini telah diarahkan oleh A. R. Badul yang juga merupakan penulis skrip serta teraju utama filem ini.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Dolah dan Dolit yang melalui suka duka kehidupan di bandar selepas dihalau oleh ibu Dolah kerana malas bekerja manakala Dolit dihalau isterinya kerana suka berjudi kuda. Mereka menyewa sebuah bilik di rumah Pak Wok yang cerewet dan kedekut yang tinggal bersama anaknya, Rizan. Dalam diam, Rizan menjalinkan hubungan asmara dengan Amir, salah seorang penyewa di rumah Pak Wok. Dolah dan Dolit akhirnya mendapat tawaran kerja daripada Dato Kamarul selepas membantu membaiki kereta anaknya, Dora. Kisah kononnya mereka berkhidmat sebagai pegawai terbongkar apabila melihat Amir turut bekerja di pejabat yang sama berpakaian kemas sedangkan mereka hanya menjadi tukang cuci, jawatan yang diterima mengikut kelulusan mereka.

Pelakon

  • A. R. Badul sebagai Dolit
  • Liza Abdullah sebagai Dora
  • Salih Yaacob sebagai Dolah
  • ND Lala sebagai Amir
  • Hamid Gurkha sebagai Pak Wok
  • Tantiana sebagai Rizan
  • Ruminah Sidek sebagai Emak Dora
  • Mahmud Jun sebagai Kamarul
  • Shah Rezza sebagai Agus
  • Mak Enon sebagai Emak Amir
  • Ibrahim Pendek sebagai Atan
  • Ibrahim Din sebagai Mamak
  • Ayappan sebagai Samy
  • Faridah Fasha sebagai Zainab
  • Norsiah Yem sebagai Emak Dolah

Runut Bunyi

Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s