Hoki padang di Sukan Olimpik Musim Panas 2008

Acara hoki padang di Olimpik Beijing 2008 akan berlangsung dalam tempoh empat belas hari bermula pada 10 Ogos, dan tamat dengan perlawanan akhir yang menawarkan pingat pada 23 Ogos. Semua perlawanan akan dilangsungkan di padang hoki yang dibina dalam Padang Olimpik Hoki.

Acara

Acara berikut akan menawarkan pingat:

  • Hoki lelaki
  • Hoki wanita

Format pertandingan

Dua belas pasukan akan bersaing dalam kejohanan hoki lelaki dan wanita Olimpik, dan pertandingan ini terdiri daripada dua pusingan. Dalam pusingan pertama pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dan bermain mengikut format pusingan robin di mana setiap pasukan bermain dengan semua pasukan lain dalam kumpulan sekali. Selepas itu, empat pasukan teratas mara ke pusingan penyingkiran yang terdiri daripada dua perlawanan separuh akhir, dan perlawanan pingat emas dan gangsa.

Kelayakan

Dua belas pasukan dalam pertandingan hoki Olimpik ini dipilih dari beberapa pertandingan. China, sebagai tuan rumah, dijamin satu tempat. Lima kejohanan benua digunakan untuk menentukan 8 pasukan lain (9 jika China merupakan johan benua Asia). Akhir sekali, tiga pertandingan kelayakan diadakan untuk memilih tiga lagi pasukan.

Lelaki

Tarikh Acara Lokasi Layak
Tuan rumah  China
2–14 Disember 2006 Sukan Asia 2006 Qatar Doha, Qatar  Korea Selatan
 Pakistan
14–22 Julai 2007 Kelayakan Olimpik Afrika 2007 Kenya Nairobi, Kenya  Afrika Selatan
14–29 Julai 2007 Sukan Pan Amerika 2007 Brazil Rio de Janeiro, Brazil  Kanada
18–25 Ogos 2007 Kejuaraan Negara EuroHockey 2007 United Kingdom Manchester, England  Belanda
 Sepanyol
 Belgium
11–17 September 2007 Piala Oceania 2007 Australia Buderim, Australia  Australia
2–10 Februari 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #1 New Zealand Auckland, New Zealand  New Zealand
1–9 Mac 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #2 Chile Santiago, Chile  Great Britain
5–13 April 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #3 Jepun Kakamigahara, Jepun  Jerman

Wanita

Tarikh Acara Lokasi Layak
Tuan rumah  China
2–14 Disember 2006 Sukan Asia 2006 Qatar Doha, Qatar  Jepun
14–22 Julai 2007 Kelayakan Olimpik Afrika 2007 Kenya Nairobi, Kenya  Afrika Selatan
14–29 Julai 2007 Sukan Pan American 2007 Brazil Rio de Janeiro, Brazil  Argentina
18–25 Ogos 2007 Kejuaraan Negara EuroHockey 2007 United Kingdom Manchester, England  Jerman
 Belanda
 Great Britain
10–17 September 2007 Piala Oceania 2007 Australia Buderim, Australia  New Zealand
 Australia
12–20 April 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #1 Azerbaijan Baku, Azerbaijan  Sepanyol
19–27 April 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #2 Rusia Kazan, Rusia  Amerika Syarikat
26 April–4 Mei 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #3 Kanada Victoria, Kanada  Korea Selatan

Penyertaan negara

Lelaki

Undian kumpulan telah dikeluarkan pada 18 April 2008 dan berdasarkan kepada ranking dunia.[1]

Pool A

Pool B

Juara

 Emas

 Perak

 Gangsa

Wanita

Undian kumpulan telah dikeluarkan pada 5 Mei 2008 dan berdasarkan kepada ranking dunia.[2]

Pool A
  •  Australia
  •  China
  •  Korea Selatan
  •  Belanda
  •  Afrika Selatan
  •  Sepanyol

Pool B
  •  Argentina
  •  Jerman
  •  Great Britain
  •  Jepun
  •  New Zealand
  •  Amerika Syarikat

Juara

 Emas

 Perak

 Gangsa


Rujukan

  1. ^ FIH releases pools for Men’s Olympic Hockey Tournament[pautan mati kekal]
  2. ^ "FIH releases pools for Women's Olympic Hockey Tournament". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2016-01-02.

Pautan luar

  • Laman web rasmi FIH


  • l
  • b
  • s
Angkat berat • Badminton • Besbol • Bola baling • Bola keranjang • Bola sepak • Bola tampar • Ekuestrian • Gimnastik • Gusti • Hoki • Judo • Kanu • Kapal layar • Lawan pedang • Lumba basikal • Memanah • Mendayung • Menembak • Olahraga • Pentatlon moden • Ping pong • Polo air • Renang • Renang berirama • Sofbol • Taekwando • Tenis • Terjun • Tinju • Triatlon