Ellie Suriaty

Ellie Suriaty
Kelahiran
Ellie Suriaty binti Omar

(1971-02-20) 20 Februari 1971 (umur 53)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1998–kini
PasanganAzri Iskandar (k. 2003; c. 2022)
Anak-anak2
IbuNoriah Mat Akhir

Ellie Suriaty Omar (Jawi: ايللي سورياتي; lahir 20 Februari 1971) ialah seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa?. Pada tahun 2016, Ellie telah dilantik sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) dan memikul tanggungjawab selaku Guru Seni Persembahan.

Kerjaya

Sebelum berkecimpung dalam dunia seni lakonan dan pengarahan, beliau merupakan bekas pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airlines dari tahun 1991 sehingga 1997. Ketika menjadi pramugari, beliau dikenali sebagai Suri dalam kalangan rakan sekerja di Malaysia Airlines.

Dirinya mula menjadi masyhur selepas menjadi pengarah teater "Antara" bersama Erma Fatima, sungguhpun kemudian menarik diri beberapa hari sebelum pementasannya.[1][2] Teater itu dipentaskan pada 26 hingga 28 Februari 2010 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ellie mengubah suai naskah Antara kerana dikatakan "terpesong" daripada akidah Islam. Berkenaan hal itu, Erma Fatima menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memeriksa skrip itu.[3][4]

Kehidupan peribadi

Bekas suaminya Azri Iskandar, juga seorang pelakon. Ibunya, Noriah Mat Akhir meninggal dunia pada 11 September 2018.[5]

Isu

Pada 2018, beliau telah diberi amaran oleh pihak polis kerana mengganggu sidang media Peguam Negara untuk menyuarakan sokongannya terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang perbicaraannya berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad.[6]

Dalam situasi pandemik COVID-19 negara pada 2021, Ellie serta keluarganya menarik perhatian negara kerana secara terbuka menyatakan sikap skeptik serta menolak vaksin COVID-19 atas hujah bahawa vaksin-vaksin tersebut diaplikasikan secara terburu-buru tanpa ujian lanjutan walaupun menafikan dukungan fahaman antivaksin secara mutlak. Pegangan ini turut diikuti kedua-dua anaknya yang bertindak membuat laporan polis untuk membantah dasar vaksin kerajaan untuk memvaksin para remaja seluruh negara.[7][8]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Anna and the King Wanita Mahkamah No.2 Penampilan pertama untuk filem Hollywood
2000 Spinning Gasing Yati
Syukur 21 Rita
2002 Embun Melati
Soalnya Siapa? Sofia
2003 Paloh Fatimah
2007 Syaitan Fatimah
2009 Jangan Tegur Mak Su
2013 Penanggal Juga sebagai pengarah dan penulis
2014 Pengantin Malam Dr. Riana
Kelibat Kalin
2016 Bo-Peng Datin Penampilan khas
2019 Kron Bonda Iring
2021 Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Kak Som
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Ibu Yassin (Salmah) Penampilan kameo
2024 Memoir Seorang Guru Mak Alias
Saadiah: Bekal Kasih Merdeka Sebagai pengarah dan penulis
Telaga Suriram Mak Tijah

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Mastura Mastura ntv7 Drama pertama
2003 Orang Gaji 41 Pah Bedah TV3
2010 Syurgamu Ramadhan Datuk Paduka Halimaton
2011 Laila Manja Mastura
2012 7 Ramadan Sufiah
2017 Kerana Anisa Leha
Menantu Bilal Mak Esah
2017–2018 My Coffee Prince Puan Sri Kalsom Astro Ria
2020 Kampong Pisang Bersiri-siri Kak Som Astro Citra Episod: "Monyet Rempit"
2021 Baby Tak Gila Fauziah Hypp Sensasi
Diva Popular Awesome TV
Malaysian Ghost Stories Faridah Astro Ria Episod: "Hantu Kum Kum"
Diva Popular 2 Awesome TV
2022 Lockdown 2 Lisa Astro Ria
2023 Tanah Kubur (Musim 16) Ustazah Aminah Astro Oasis Episod: "Penuduhan Kafir"

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Tarantula Bahagian I & II TV3
2004 Seriau Murni / Anita VCD Juga sebagai pengarah dan penulis
2006 Cantiknya Buruk Astro Ria
Gitu-Gitu Apek Aidilfitri
Takbir Suci Milah
2011 Biarkan Aku Menangis Mak Cik Milah TV3
Di Sebalik Tirai Kasih TV9
2014 Piring Hitam Terakhir Saadiah Astro Prima
Acu Hawa TV3
2015 Qiam Makcik Astro Prima
Noda Setitik Arak Astro Ria Sebagai pengarah dan penulis
2016 Anak Ibu Buangan Ibu TV3
2017 Ramadan Terindah Nurani
Pesan Dari Tuhan TV2
Transit Terakhir TV3 Sebagai pengarah dan penulis
2018 Tulus Cinta Sebagai pengarah
Simpang Sejenak
2021 44 Hari Bangkitnya Pocong Maimon Astro Citra
Ayat Dari Langit Ustazah Zaharah
2023 Nur Di Pintu Syurga Nur TV9
Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Che Dah TV3
2024 Restu Untuk Mila TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Fit for Action Juri TV3

Rujukan

  1. ^ Ellie Tarik Diri, Erma Enggan Buka Aib
  2. ^ Ellie Suriati: "I Am Through With Erma"[pautan mati kekal] malaysiandigest.com
  3. ^ Kesilapan Besar Saya Sebab Pilih Ellie - Erma mStar Online
  4. ^ Erma: Ellie Biadap, Perlu Kawal Emosi!
  5. ^ "Ibu Ellie Suriaty meninggal dunia". Kosmo!. 11 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-11. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  6. ^ "Kecoh di mahkamah... Ellie Suriaty hargai jasa Datuk Seri Najib, terpulanglah apa orang nak kata". mStar Online. 4 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2018. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  7. ^ Rajalee, Ali Toupan (1 September 2021). "[VIDEO] Ellie Suriaty guna rawatan homeopati, amal makanan sunah cegah Covid-19 - "Kita tidaklah bodoh untuk faham data saintifik"". mStar Online. Dicapai pada 1 September 2021.
  8. ^ Selamat, Hanisah (1 September 2021). "Jangan takut dengan fitnah akhir zaman – Ellie Suriaty". Kosmo!. Dicapai pada 1 September 2021.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Festival Filem Malaysia)
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an