Coklat putih

چوکلت ڤوتيهcode: ms is deprecated
Bar coklat putih yang mengandungi kepingan kelopak mawar
JenisCoklatKawasan/rantauSwitzerland Sunting ini di WikidataDicipta olehNestlé Sunting ini di WikidataBahan utamaMentega koko, gula, pepejal susuBahan yang biasa digunakanGaram, ekstrak vanilasunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Coklat putih (Jawi: چوکلت ڤوتيهcode: ms is deprecated ) ialah terbitan coklat. Ia biasanya terdiri daripada mentega koko, gula dan pepejal susu dan mempunyai ciri-ciri rupa yang pucat kekuningan atau gading. Takat lebur lemak koko, yang komponen utamanya biji koko, adalah cukup tinggi bagi memastikan coklat putih dalam bentuk pepejal pada suhu bilik.

Kandungan

Coklat putih bukan coklat dalam erti kata yang sebenar kerana ia tidak mengandungi pepejal koko tanpa lemak, unsur pemakanan yang utama bagi likuor coklat—coklat dalam bentuk tanpa gula yang mentah.[1] Semasa proses pembuatan, pepejal berwarna gelap daripada kacang koko dipisahkan daripada kandungan lemaknya, sama juga seperti dengan coklat susu, separa manis, dan coklat gelap. Tetapi, tidak seperti jenis-jenis coklat lain, pepejal koko tidak digabungkan semula. Akibatnya, lemak ini iaitu mentega koko, adalah satu-satunya bahan koko dalam coklat putih. Disebabkan ia tidak mengandungi pepejal koko, coklat putih mengandungi hanya sedikit jumlah perangsang teobromina dan kafein,[2] sementara tidak mempunyai sifat-sifat antioksidan atau banyak bahan-bahan yang menyifatkan coklat, seperti tiamina, riboflavin dan feniletilamina.[3] Selalunya, mentega koko dinyahbau untuk membuang rasanya yang kuat.[4] Jika mentega koko utama yang ditekan digunakan, ia mempunyai antioksidan semula jadi (vitamin E), tetapi jika dinyahbau ia telah tiada, kerana penyahbauan adalah langkah menanggalkan wap, selalunya pada 180 °C (356 °F).

Coklat putih mungkin mengandungi perisa tambahan. Vanila adalah bahan tambahan yang biasa.[5]

Beberapa persiapan yang dikenali sebagai salutan manisan atau salutan musim panas mungkin boleh dikelirukan dengan coklat putih, tetapi diperbuat daripada lemak pepejal murah atau lemak sayur-sayuran dan haiwan berhidrogen, dan tidak sama sekali berasal daripada koko. Penyediaan ini sebenarnya boleh menjadi putih (berbeza dengan coklat putih gading teduh[4]) dan akan kekurangan rasa mentega koko.

Peraturan

Peraturan menetapkan apa yang boleh dipasarkan sebagai "coklat putih": Di Amerika Syarikat, sejak tahun 2004, coklat putih mesti (mengikut berat) sekurang-kurangnya 20% mentega koko, 14% pepejal susu, dan 3.5% lemak susu, dan tidak lebih 55% gula atau pemanis lain.[6] Sebelum tarikh ini, firma Amerika memerlukan permit pemasaran sementara untuk menjual coklat putih. Kesatuan Eropah telah menerima pakai piawaian yang sama, kecuali bahawa tiada had gula atau pemanis.[7]

Sejarah

Dalam tahun 1930-an, coklat putih Milkybar telah dilancarkan di Eropah oleh syarikat Switzerland, Nestlé.[8]

Di Amerika Utara, Kuno Baedeker memajukan coklat putih semasa bekerja bagi Merckens Chocolate Company pada 1945.[9]

Lihat juga

  • iconPortal Makanan

Rujukan

  1. ^ Alicia Rudnicki. "Can People Who Are Allergic to Chocolate Eat White Chocolate?". Livestrong.com. Dicapai pada 28 May 2015.
  2. ^ Kummer, Corby (21 December 1988). "America Is Going Sweet on White Chocolate". New York Times. Dicapai pada 3 November 2011.
  3. ^ "Theobroma cacao L." Dicapai pada 6 April 2011.
  4. ^ a b "The World's Best White Chocolate Page 3: Percent Cacao & Cocoa Butter". The Nibble. Lifestyle Direct. Dicapai pada 3 December 2009.
  5. ^ Blumberg, Naomi. "Chocolate". Encyclopædia Britannica Online. Dicapai pada July 28, 2015.
  6. ^ "Requirements for Specific Standardized Cacao Products". Food and Drug Administration (United States). 1 April 2013. Dicapai pada 26 February 2014.
  7. ^ "Directive 2000/36/EC of the European Parliament and of the Council of 23 June 2000 relating to cocoa and chocolate products intended for human consumption". Dicapai pada 27 October 2010.
  8. ^ "The History Of White Chocolate". The Nibble. The World’s Best White Chocolate. 1 April 2008. Dicapai pada 2 August 2013.
  9. ^ "Chocolate-Loving Couple Settled Here" (PDF). Lake Placid News (PDF). Lake Placid, New York. 19 March 1987. m/s. 8. Dicapai pada 2 August 2013.[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Keseluruhan
  • Garis besar
  • Sejarah (di Sepanyol)
Buah koko
Teobroma
Komponen
Dadah
Jenis
Produk
Proses
Industri
  • Big Chocolate
  • Kanak-kanak dalam pengeluaran koko
  • Chocolaterie
  • Pembuat coklat
  • The Dark Side of Chocolate
  • Direktif Koko dan Coklat Eropah
  • Lembaga Koko Ghana
  • Pengeluaran Ghana
  • Harkin–Engel Protocol
  • Pertubuhan Koko Antarabangsa
  • Pengeluaran Ivory Coast
  • Pengeluar
  • Yayasan Koko Dunia
Topik lain
  • Penggila coklat
  • Pancuran coklat
  • Muzium coklat
  • Pembuat coklat
  • Kesan kesihatan
  • Coklat tentera Amerika Syarikat